Sejujurnya JR sentiasa bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan mereka yang JR kenali. Seringkali rasa seperti tak selamat tinggal di negara sendiri. Ini kerana setiap hari bila tengok news ada saja berita rompak, samun dan bunuh. Hampir setiap minggu ada cerita mesin ATM diganggu, dibom...Tembak orang macam cerita cowboy dah jadi macam tren baru gaya hidup. Takut!!
Macam nyawa sudah tidak ada nilai lagi bagi mereka. Dulu ingat di Amerika saja orang boleh tembak sesuka hati, tapi kini di Malaysia pun dah setaraf dengan Amerika: bawa kereta kena tembak, sedang makan di restoran dengan keluarga kena tembak, sedang relax-relax di rumah pun tiba-tiba datang penceroboh menembak tuan rumah.
Benarlah kata orang, peluru memang tak bermata...tiba-tiba BANGGGGG...dan sekujur tubuh di sisi bertukar menjadi mayat!!
Walaupun Menteri kita kata Malaysia adalah negara yang paling aman di Asia Tenggara, tapi apa erti "aman" jika jenayah sentiasa menjadi-jadi??
Itu di Malaysia, sekarang kita pergi ke Pakistan pula, sebuah lagi negara Islam.
Semalam seorang pelajar sekolah di Peshawar, Pakistan bernama Malala Yousufzai berusia 14 tahun ditembak oleh pejuang Taliban. Malala walaupun baru berusia 14 tahun adalah seorang aktivis sosial yang memperjuangkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan. Dia mempunyai blognya sendiri sejak berusia 11 tahun lagi. Antara entri yang selalu disentuh dalam blognya ialah mengajak kanak-kanak perempuan jangan takut pergi ke sekolah, sesuatu yang tak disenangi oleh puak Taliban di negaranya yang mahukan wanita menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam blognya juga dia selalu mengkritik puak Taliban yang tidak membenarkan kanak-kanak perempuan ke sekolah.
Malala blogger muda berusia 14 tahun
Dan akibatnya Malala ditembak oleh anggota Taliban yang menyerang bas sekolah yang dinaikinya. Tembakan itu mengenai kepala dan leher budak perempuan itu dan mencederakan dua rakan di sebelahnya yang berada di dalam bas.
Kini pasukan perubatan Hospital Saidu Shariff yang merawatnya sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa Malala.
Malala dikejarkan ke Hospital Saidu Shariff selepas cedera parah ditembak..(Gambar Reuters)
Puak Taliban mengakui bertanggung jawab menembak gadis kecil itu yang dituduh sebagai "tali barut Amerika" dan oleh itu perlu dihapuskan.
Tidak berhati perut. Kejam..
ReplyDeleteRational Taliban yang tidak masuk akal.
Segala jenis jenayah berlaku semata2 mahu cari jalan mudah untuk hidup senang. Kerapuhan iman manusia sudah sampai kesatu tahap yang sukar untuk di bendung.
Kejam. Hanya sebab dia memperjuangkan pendidikan untuk kanak2 perempuan, dia dibunuh. Memang takdak hati perut. Sedih sangat bila perkara macam ni berlaku. Al-Fatihah buat beliau..
ReplyDeletekecut perut after baca.kesian . menjaddi mangsa, harap gadis tak bersalah ni selamat
ReplyDeleteYa Allah kejamnya ...takut pulak jadi blogger camni..
ReplyDeleteMoga dia selamat..