Pernah seorang rakan dari Utara berkata kalau dah nama lelaki, selagi nadi berdenyut selagi itu masih boleh dapat anak merenyut!!
Korang tau makna merenyut? Merenyut dalam slang Utara bermakna ramai orang. Dalam konteks ayat di atas bermakna anak ramai.
Tak caya bagi lelaki selagi nadi berdenyut selagi itu masih boleh dapat anak merenyut?
JR ada satu kisah benar kat kampung dulu. Bapa saudara JR berusia dah lebih 70 tahun berkahwin semula selepas kira-kira 20 tahun menduda apabila isterinya meninggal. Jodoh barunya seorang wanita (anak dara) berusia 40an. Ditakdirkan Allah tak sampai setahun lepas kawin, isterinya mengandung. Terkejut anak bongsunya kerana lepas 20 tahun titlenya sebagai anak bongsu dirampas oleh seorang adik baru!!
Hebat kan bapa saudara JR, umur dah lebih 70 tapi masih mampu beranak menjadi bapa??
Tapi sehebat-hebat bapa saudara JR tu, hebat lagi seorang lelaki di India. Lelaki bernama Ramjit Raghav ni dah berumur 96 tahun...ulang: 96 tahun, tapi masih mampu membuat isterinya hamil!! Kini lelaki 96 tahun itu memegang rekod ayah tertua di dunia apabila isterinya melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas yang dinamakan Ranjit. Ranjit adalah anak kedua pasangan itu, selepas isterinya melahirkan anak pertama mereka dua tahun lepas.
Hebat..sangat hebat kan, umur 96 tahun masih mampu melakukannya hingga dapat anak!!! Kalau lelaki lain (JR juga barangkali!!) jangankan kata nak jadi bapa pada usia 96 tahun, nak capai umur 70 tahun di dunia ni pun belum tentu, maklumlah sekarang ni banyak sangat penyakit di dunia ni...umur 25 tahun pun dah kena sakit jantung!
Dan yang lebih hebat dan paling hebat..(pompuan mesti comfirm cemburu giler ni) ialah isteri lelaki 96 tahun itu bernama Shakuntala juga bukan muda, usianya dah menjangkau 54 tahun. Kalau korang (yang pompuan tu..) bila dah berusia 54 tahun masih mampu nak beranak ke seperti Shakuntala tu????
Satu lagi yang hebatnya tentang Ramjit ialah bila menyatakan dia melakukan hubungan seks dengan isterinya tiga atau empat kali semalam (alamak, powernya dia!!!)
"Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya. Saya rasa ia amat penting bagi suami dan isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan lebih kerap.." (suami isteri kena dengar nasihat atok kita ni..)
Nak tau rahsia kekuatan Ramjit...apa dia makan setiap hari??
Ramjit menyatakan bahwa diet hariannya ialah badam, mentega dan susu menjadikan dia aktif sepanjang hari.
suami isteri hebat... |
Apa pula komen Shakuntala mengenai suaminya yang dah berusia hampir seabad tu? Kata isterinya; "Ia tidak menjadi hal berapa pun usianya, saya sayang dia dan akan menjaganya, walaupun dia kadang-kala pernah menjerit kepada saya".
Katanya lagi: "Dia tak nampak tua bagi saya, dia masih mampu bermain cinta seperti anak muda 25 tahun, malah dia dapat melakukannya sepanjang malam dan dia adalah ayah yang hebat"
Macam tak caya kan...tapi itulah ceriteranya....
Macam tak caya kan...tapi itulah ceriteranya....
Kalau korang nak baca berita selanjutnya bacalah kat Daily Mail ni....
esok nk cari badam, mentega dan susu lah hehheee
ReplyDeletekesian kat anak. bila dia mula bersekolah bapanya dah terlalu tua tak sepadan dia...
ReplyDeletekehkehkeh..
ReplyDeletesaya percaya...selagi seseorang tu sehat tubuh badan, mmg boleh punya. Selalunya yg cpt lohey tu sbb tak jaga pemakanan, pastu badan sakit sana sakit sini, bila dah dihinggapi penyakit 3 serangkai tu mmg cepat khatamlah, bila pinggang dah sakit2 apa pun tak boleh...ni bukan cakap lucah tau tp kenyataan, kena terima la..kan?
kagum ngan bapa saudara awak... harap2 siisteri dpt pun dpt menikmati hidup berkelamin yg sempurna sbb bila wanita hamil tu belum pasti dia dpt merasa kenikmatan tu, kadang sisuami jer yg syok sendiri hehe tp saya percaya bapa saudara awak mmg mampu.
kes pasangan India tu mmg mengkagum kan, sepanjang malam? hehe...tp seeloknya takyah la beranak kecik lagi pasal masa anak2 kecik tu ok la sama2 belum tumbuh gigi, tp bila anak dah tumbuh gigi, gigi appa ngan gigi amma tak tumbuh2 lagi...abeh camno?
di Johor merenyut tu disebut ciak miak ataupun meremit/mengemit..
kuatnya orang tua nie kikiki.....rezeki Tuhan beri anak...
ReplyDeleteWah hebatnya pakcik JR. Tapi Atok ramjit ni lagi hebat. Boleh main cinta tiap2 malam 2,3 kali. Ppepepeerghhh..... Tapi derang ni baru kawen ke? Ngape baru ada 2 anak?
ReplyDeleteBagi saya, bukan semata-mata sebab makan badam tu jugak. Tapi org2 lama ni memang jenis rajin. Aktif buat kerja tu yang menjadikan kesihatan mereka baik.
Huhuhu...
ReplyDeleteHehe..sipu2 saya baca..
ReplyDeleteBtw itulah namanya rezeki dari Allah,DIA berhak memilih sesiapa sahaja yg dikehendakinya.. :)
dah diberi rezeki tu JR. Ujian di mana2 dan apa saja keadaan. Segalanya kita pulangkan kepada kehebatanNya.
ReplyDeleteHebat cerita ni ada motivasi bagi kita ..)
hihi..power..
ReplyDelete