»

09 October 2012

Ajaib..Ibu Sudah Dua Hari Mati Lahirkan Bayi


Maha suci Tuhan pencipta sekelaian alam. Dia yang menghidupkan kita dan dialah jua yang mematikan kita. 

Secara logiknya bagaimana mungkin seorang ibu yang telah dua hari meninggal masih mampu melahirkan bayinya?? Tapi begitulah kekuasaan Allah, bila Dia kata "kun fayakun" (bila Aku kata jadi, maka jadilah), tiada siapa dapat menghalang kekuasaanNya dan keajaibanNya.

Begitulah yang terjadi kepada Mahmoud Soliman seorang rakyat British berusia 29 tahun. Dia rasa sangat sedih bila mengetahui isteri tercintanya Jayne Soliman (41 tahun) telah pergi buat selamanya. Tapi kedukaannya sedikit terubat apabila dua hari kemudian isterinya yang sudah meninggal itu selamat melahirkan seorang bayi.

Mahmoud dan Jayne di saat-saat kebahagiaan mereka..

Isteri kepada Mahmoud, Jayne meninggal dunia akibat kegagalan otak selepas tiba-tiba jatuh pengsan di rumah mereka. Pemeriksaan doktor selepas itu  mendapati Jayne menghadapi ketumbuhan otak yang serius. Jayne kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia secara klinikal apabila semua organnya tidak lagi berfungsi kecuali jantung yang masih berdenyut. Doktor menggunakan mesin bagi mengekalkan denyutan Jayne dan sebaik saja dia selamat melahirkan bayi perempuannya secara cesarean, mesin jantungnya dimatikan.

Mahmoud menyatakan Jayne, seorang bekas juara ice skating British, begitu inginkan anak. Dia teringat kali pertama mereka membuat scan dan apabila melihat denyutan bayi mereka di skrin, kedua-dua mereka berpelukan gembira.

"Saya sering memberitahu Jayne" kata Soliman di dalam Daily Telegraph.UK, 'Jika saya mati..awak hendaklah lakukan begini dan begini..', Jayne akan berkata, 'Awak tak boleh mati...jangan tinggalkan saya sendirian'. Tapi kini dia yang meninggalkan saya. Dialah bidadari di syurga, saya tak akan lupakannya"

“Dia (Aya) sangat mungil, ia pejuang kecil seperti ibunya,” kata Mahmoud yang tak henti-hentinya menitikkan air matanya ketika menggendong putri kesayangannya. Kata Mahmoud, Aya berasal dari bahasa Arab yang bererti keajaiban. Nama Aya merupakan nama yang dipilih Jayne ketika dia masih hidup. “Bila Aya dewasa, akan saya katakan betapa ibunya sangat menyintainya. Akan saya ceritakan semuanya. Ini merupakan keinginan Jayne untuk memiliki bayi dan menjadi ibu yang baik,”.

Dan kini selepas tiga tahun kematian isterinya, Soliman tinggal bersama anak perempuannya Aya Jayne, lambang cinta dia dan isterinya...

Mahmoud dan anaknya Aya selepas tiga tahun kematian isterinya..

Nota: Kisah ini JR ambil dari  Daily Telegraph.UK dan Amazing News. Semoga mereka yang dah berkahwin akan sentiasa menghargai pasangan yang masih bernafas di sisi kita...

6 comments:

  1. Allah Maha Besarkan...seram bulu roma membacanya...

    ReplyDelete
  2. Yer la JR.. Kakya baca pagi tadi..

    Kuasa Allah kan? Gempar sekejap dunia perubatan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. makk nk baby lagi keww.. ehhheee, wak salamm singgah

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....