Sebenarnya dah lama JR nak tulis pasal ni sejak seminggu lalu. Tapi malam ni baru ada peluang dan masa mengungkap rasa hati yang terpendam..
Ia mengenai dua perogol, seorang lelaki Cina dan seorang lagi lelaki Melayu yang baru-baru ini disabitkan kesalahan merogol tapi dibebaskan oleh mahkamah atas alasan mereka masih muda dan kononnya demi masa depan mereka kerana mereka budak pandai.
Dalam kes pertama seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22 tahun, didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun dua kali pada tahun lepas. Tapi Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Hakim berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan demi "masa depan Chuah".
Dalam kes kedua pula melibatkan bekas pemain bowling kebangsaan, Noor Afizal Azizan 21 tahun yang mengaku bersalah merogol gadis 13 tahun. Tapi hakim membebaskan Afizal dengan ikat jamin RM25,000 juga atas alasan masa depan perogol itu.
Noor Afizal dan Chuah...perogol kanak-kanak..
JR bukan nak pertikaikan undang-undang. Sapalah JR yang bukan seorang peguam dan bukan juga graduan undang-undang untuk mempertikai undang-undang?
Tak pahamnya aku!!!
Alasan kedua mengapa dua perogol ini dibebaskan ialah "demi masa depan mereka" kerana mereka adalah budak-budak cerdik. Ini lagilah JR tak faham. Demi masa depan perogol diambilkira oleh mahkamah, tapi bagaimana dengan masa depan gadis yang mereka rogol, masa depan mereka tak penting ke??
Sekali lagi JR nak katakan bukan niat JR yang tak arif undang-undang ni nak pertikaikan hukuman mahkamah. Cuma kadang-kadang JR teringat kalau seorang hakim mempunyai anak gadis atau adik perempuan dan tiba-tiba anak gadisnya atau adik perempuannya dirogol oleh seorang lelaki berusia 20, 21 atau 22 tahun adakah lelaki itu akan dibebaskannya atas alasan perogol itu masih muda dan demi masa depan perogol itu????
Entahlah...tak pahamnya aku!!!
astagfirullah...setuju dgn JR.Kadang2 keliru apa motif apa logiknya..apapun Allah melihat . Kena bersuara jg JR
ReplyDeleteHeheh. Lama dah tak tengok blog. Cerita gini, selesai kalau ada hudud. Atau, kita pakat tarik anak dara hakim tu buat santap sekali. Automatik undang2 gubal hari tu juga. Hahahah.
ReplyDeleteSetuju la ngan JR..dan AraBella pasti ramai lg kt luar sane tu setuju,mane adil kalo lepaskn pnjhat cm2 je..cmne ngan nasib budak pmpn y kecik2 tu pulak,dorg x fkir ke..hbs pasni,sape pandai ley je la rogol pmpn y dia suke? Gila la...
ReplyDeletebetul tue jr...undang2 sekarang dah makin lemah...Simpati dengan remaja yg kena rogol tue...
ReplyDelete