»

06 September 2012

Hina Sarawak: Nurul Syuhada TV3 Letak Jawatan??


Korang yang mengikuti isu semasa pasti tau bahwa baru-baru ini telah timbul sedikit kekecohan di TV3 apabila pengacara cun Nurul Syuhada Nurul Ain dalam satu laporan live dari Bintulu, Sarawak telah menggelar Bintulu sebagai suatu kawasan yang  "daif". Kenyataan spontannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai orang Bintulu dan Sarawak yang tersinggung dengan kenyataannya yang dianggap menghina itu. Ekoran dari itu Nurul telah memohon maaf kepada rakyat Bintulu dan Sarawak amnya.

Tapi cerita Nurul tak habis di situ saja. Berita terbaru yang JR baca dari mynewshub menyatakan Nurul telah meletak jawatan dari TV3:


Thursday, September 6, 2012

Isu Bintulu Daif, Nurul Syuhada Nuru Ain Letak Jawatan Di TV3?


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan. 

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. 

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. ~mynewshub

3 comments:

  1. kesiannya , tuhla kerana mulut bdn binasa ..

    ReplyDelete
  2. Rakyat yang paling berhati sensitif adalah rakyat Malaysia. Tersilap cakap sikit je, mula la rasa terhina yang melampau. Apa-apa pun,. all the best untuk Nurul Syuhada yang cun tu. Pasti ada rezeki yang lebih baik menanti. Mungkin ke TV AlHijrah?

    ReplyDelete
  3. terlepas cakap...tidak boleh di undurkan lagi...penyesalan tiada gunanya lagi...harap sabar ya nurul..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....