"Allehhh...dia tu bukan ada kelulusan pun, lulus pun cuma SRP (setaraf PMR), tapi berlagak bukan main...semua dia tau macamlah dia ada Ph D...ada cita-cita nak jadi menteri pula tu, tak sedar diri cuma lulus SRP, kalau ada Ph D aku respect la juga.....piiiiirahhhhh!!!" kata seorang kawan apabila ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dikenali di Malaysia di suatu majlis dua hari lepas.
Lelaki yang dikutuk oleh kawan JR itu memang agak terkenal, jika JR beritau namanya pasti ramai orang kenal. Lelaki bergelar Datuk itu memang diketahui tak berkelulusan tinggi, kononnya dia cuma lulus SRP (sekarang PMR). Tapi walaupun dia cuma memiliki PMR tapi tahap general knowledge nya tersangat-sangatlah tinggi. JR pernah tengok dia bercakap, dia boleh bercakap mengenai undang-undang, dia hafal banyak akta dan seksyen dalam undang-undang, dia juga boleh bercakap mengenai teori ekonomi, politik, fizik, kimia, kejuruteraan dan perubatan. Walaupun cuma lulus setakat PMR tapi dia memang hebat, mindanya sarat dengan ilmu, ditambah lagi kebolehannya berpidato menjadikan ramai yang tabik spring kepadanya dan terlupa Datuk ini cuma lulus setakat PMR saja.
Bagi JR sangat tak setuju jika kita mengukur status sosial seseorang cuma kerana kelulusan akademiknya. Hina sangatkah seseorang yang cuma lulus PMR dan hebat sangatkah seseorang yang memiliki Ph D dan masters??
Tidakkah kawan itu tahu memiliki Ph D tidak mencerminkan seseorang itu bijak? Satu lagi bolehkah kita yakin semua yang memiliki Ph D itu menggenggam sebuah sijil yang benar-benar tulen? Tiba-tiba JR teringat kisah seorang Tan Sri yang pernah mengetuai sebuah Kementerian sentiasa dipanggil "Tan Sri Dr" kerana dia memiliki Ph D. Tapi suatu hari ada pihak yang membocorkan rahsia bahwa Tan Sri itu sebenarnya tidak menghabiskan pengajian Ph D nya di Amerika dan oleh itu dia tidak layak mendapat title "Dr"
Juga cerita seorang selebriti terkenal tanah air (sekarang dah dapat Datuk) yang dikatakan berkelulusan Ph D, tapi lepas disiasat didapati universiti tempat dia mendapatkan Ph D itu tak pernah wujud pun di dunia ini.
Tak juga dilupakan cerita seorang bekas menteri yang mendapatkan Ph D daripada sebuah universiti tempatan.. Tapi mengikut staf akademik di universiti itu yang JR kenali menteri tersebut jarang-jarang masuk kelas, malah kertas Ph D nya diyakini disediakan oleh pihak lain...kawan JR kata menteri itu dapat "Ph D terbang"
Jadi jika seseorang itu pernah menipu sijilnya, termasuk mendapat Ph D dengan cara menipu, bolehkah kita yakin dia mendapat masters, degree, diploma atau SPM nya dulu bukan dengan cara menipu juga??? Jadi jika dah begitu jadinya apa bezanya antara orang yang memiliki Ph D tipu dengan orang yang cuma ada PMR tapi diperolehi dengan cara yang betul?
JR bukan nak kata mereka yang punya Ph D itu mendapatkannya dengan cara tak betul, kebanyakannya memang berusaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkannya. Apa yang JR cuba katakan janganlah mengukur kebolehan seseorang dengan taraf akademiknya. Allayatrham Tun Ghafar Baba bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dulu pun cuma lulus darjah enam dan kemudian mendapat sijil perguruan di MPSI. Tun Ghafar tak berkelulusan tinggi, tak miliki Ph D, degree, malah diploma dan SPM (masa itu dipanggil Cambridge) pun dia tak ada, dia cuma ada sijil perguruan, tapi akhirnya dengan kerajinan dan ketokohannya dapat juga mendaki tangga kejayaan hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Jadi jika orang yang cuma lulus darjah enam tapi berkebolehan boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri mengapa kita menghina seseorang yang berkelulusan PMR? Kelulusannya cuma PMR mungkin kerana latarbelakang keluarganya yang susah, jika tidak mungkin dia dengan segala kepintarannya itu juga akan memiliki Ph D atau sekurang-kurangnya degree....siapa tahu??
Jangan pandang rendah kepada kelulusan akademik seseorang. Lelaki yang kawan JR perlekeh kerana cuma lulus PMR sekurang-kurangnya dikenali hampir satu Malaysia, Perdana Menteri pun kenal dia, Ketua Pembangkang pun kenal dia, ada gelaran Datuk pula, memiliki kenderaan yang hebat juga. Tapi kawan JR yang pandai mengumpat tu, dia cuma....ah, tak payah ceritalah...nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering!!
yang bercakap tuh pown tak kemana pown ... biarkan dia dengan dunianya , hahaha !
ReplyDeleteBiasanya oranng yg ada PHD nie...tak kemana sangat...alih2 tanam anggur kat belakang rumah kikiki
ReplyDeleteKawan JR yang mengumpat tu lelaki ke perempuan?
ReplyDeleteIssue ni subjektif la JR.. Tertakluk pada peluang dan bidang yang dia dapat dan suka kemudian rajin berusaha.. Extrovert and modest.
Ada dua contoh perbandingan. Kalau nak jadi lecturer, mesti Ada kelulusan tinggi, sekurang2nya degree. Kalau nak jadi ahli perniagaan Dan ahli politik kena Ada daya pemikiran yang tinggi Dan rajin berusaha, rajin ambil tahu hal ehwal semasa, kelulusan itu sebagai bonus.
Right time, right choice, right people..
Selagi ada peluang selagi itu kita mesti mengambil peluang untuk belajar. Tapi kalau sudah tertulis seseorang itu cuma dapat belajar ke satu-satu tahap yang mungkin rendah dari orang lain, itu mungkin rezeki dia.
ReplyDeleteKepandaian seseorang bukan cuma diukur dari akademik semata-mata. Sebab hidup bukan sekadar berlegar dalam ruang yang memerlukan kepandaian itu sahaja. Tapi kalau seseorang itu ada kepandaian akademik dan bersosial, itu sudah jadi bonus.
Semoga kita tidak bersifat dengki dengan tuah orang lain. Kalau Tuhan sudah tetapkan seseorang itu mendapat kurnia yang sebegitu walaupun dia kurang kelayakan akademiknya dari kita sepatutnya kita kagum pada ALLAH. Dia menulis rezeki untuk hamba-Nya dalam keadaan yang berlainan. :)
p/s: Saya kalau bercakap agak putar belit sket. Heheee~ harapnya JR faham. :)
Kalaulah orang tidak memandang semua ini kan bagus. Huhuhuhu~
Itulah kita selalu sangat pro-akademik, nak anak dpt 5A dlm UPSR, 8A dlm PMR, 10A dlm SPM. Akhirnya kita menilai semua benda berdasarkan kelulusan akademik. Nabi Muhammad s.a.w tak ada apa2 sijil pun, huruf pun tak kenal tapi menjadi pemimpin kpd 1.3 bilion umat manusia atas muka bumi ini. Dan satu lagi fakta: Obama pun tak ada UPSR, PMR atau SPM (di negaranya mana ada sijil2 macam tu...haha)
ReplyDeleteItulah kita selalu sangat pro-akademik, nak anak dpt 5A dlm UPSR, 8A dlm PMR, 10A dlm SPM. Akhirnya kita menilai semua benda berdasarkan kelulusan akademik. Nabi Muhammad s.a.w tak ada apa2 sijil pun, huruf pun tak kenal tapi menjadi pemimpin kpd 1.3 bilion umat manusia atas muka bumi ini. Dan satu lagi fakta: Obama pun tak ada UPSR, PMR atau SPM (di negaranya mana ada sijil2 macam tu...haha)
ReplyDeleteIM pernah terbaca seorang tukang kebun mnjadi imam untuk jamaah yang terdiri dari bos tempat dia bekerja kerana dia hafal quran.
ReplyDeleteitu nilai seseorang sebenarnya...
tak ke mana orang mengumpat tu JR, lupakan ja hal dia. Walhal kita semua tak sempurna.Rezki orang kena umpat ...umpama makan daging orang diumpat. bahaya tu
ReplyDelete