»

29 September 2012

Fulamak..Surat Cinta Anwar Kepada Aweknya Dilelong RM50,000!!


Surat cinta pemimpin Malaysia kepada aweknya ni bernilai RM50,000? Tinggi juga nilainya, lebih kurang sama dengan harga kereta Persona dan Myvi!!

Alangkah baiknya jika surat cinta JR kepada awek JR (isteri JR) atau surat cinta isteri JR kepada JR masa zaman kami sedang bercinta sakan dulu bernilai sebanyak itu. Kalau nilai surat cinta JR dan isteri separuh  dari nilai itu  atau 10% dari nilai itu pun sudah buat JR jatuh pengsan dan masuk ICU!! 

Berangan tak habis-habis, macamlah surat kita ada nilai kepada orang lain...Lainlah jika JR ini Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang, buat apa pun orang perhatikan. Sebab tu surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah bernilai RM50,000:



Surat 'cinta' Anwar pada Azizah dilelong RM50,000

  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:37AM Sep 29 2012
Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.

Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat 'cinta' yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.

Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort
(bekas Timbalan Menteri Perumahan di bawah kabinet Datuk Seri Najib), Datuk Lajim Ukin.

Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.

"Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini. Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis. Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam," kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.

Selain surat cinta tersebut, terdapat beberapa lagi barangan milik pimpinan Pakatan Rakyat yang dilelong untuk tujuan pengumpulan dana kewangan pilihan raya.
pakatan mega dinner anwar love letter 280912Antara barangan lain yang dilelong ialah sebuah gambar dan tongkat milik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dibeli dengan harga RM12,000.

Gambar yang dilelong merupakan sebuah gambar yang diambil sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi tujuan rawatan kesihatan manakala tongkat tersebut merupakan tongkat yang sering digunakan oleh Nik Aziz.

Gambar graduasi hitam putih milik bekas timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali turut dibeli dengan harga RM15,000 dan sebuah gambar dan plat kubah milik bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dibeli dengan harga RM11,000.

Jumlah kutipan bagi keseluruhan hasil daripada bidaan ini ialah sebanyak RM182,000.

(Sumber: Malaysiakini)

4 comments:

  1. kawan ade simpan lagi surat isteri bagi masa mual kenal dulu. biarlah tak laku pada orang lain, tapi ia tak ternilai dihati kita hehehe

    ReplyDelete
  2. inilah politik kan JR. Macam2 penomena. Lepas baca ni terfikir ...dulu belum ada teknologi, main suratlah kan.

    ReplyDelete
  3. Surat cinta lama saya kalau bulih x mo kasi org baca heehhehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....