»

27 September 2012

Cara Mudah Mengesan Jin Dalam Tubuh Anda


Memang tetamu jahanam ini boleh wujud di mana-mana. Dia sentiasa ada tak kira malam Jumaat macam malam ni atau bukan malam Jumaat. Dia boleh berada di luar rumah, di dalam rumah, di dapur, di bilik air, di atas siling, di mana-mana. Dia sentiasa memerhatikan kita, cuma kita yang tak nampak dia, sebab dia terlalu halus....

Tapi yang paling bahaya bila dia masuk ke dalam saluran darah kita dan bersemadi di situ, macam-macam yang boleh jadi kat kita.

Jin dan iblislah katakan, dia boleh berada di mana-mana.

Tapi bagaimana kita nak tau jin dan iblis telah bermastautin di dalam tubuh kita??

JR terbaca dalam satu blog mengenai ayat ruqyah yang boleh kita amalkan bagi mengesan kewujudan jin dalam tubuh. Ayatnya ada di sini: 


Cara mengesannya cuma dengan mendengar ayat ruqyah di atas, eloknya dengan menggunakan earphone, pasang earphone dengan volume yang paling kuat sekali.

Kemudian pejam mata dan beri tumpuan terhadap ayat yang didengari itu sampai habis dan  jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati.

Sekiranya badan korang  berpeluh-peluh, hati berdebar-debar, terasa nak muntah, pening kepala, terasa ada yang bergerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, jantung berdegup kencang:

itu tandanya badan korang telah dihuni oleh jin...BAHAYA!!!!

Jika itu yang terjadi pergilah menemui mana-mana ustaz bagi mendapatkan nasihat...tapi awas jangan pergi menemui bomoh atau dukun, takut nanti akidah korang tergelincir....

Terima kasih Ustazah Azimah....

3 comments:

  1. Tips terbaek, terima kasih..

    ReplyDelete
  2. pertama kali baca tips sebegini...thanks..

    ReplyDelete
  3. setiap kalii nak habiskan dnga ayat ni ada je byk halangan.. huh.. dnga bunyi suara prmpuan lah,krusi dtarik lah, adik ttba jerr mnjerit.. mcm mana ni? dh tu... asyik tstop sndiri.. sdgkn bnda tu dh d'download,... huh..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....