Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan ramai bukan sahaja di dunia Arab malah hingga ke peringkat antarabangsa.Twitter milik wanita itu telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah followernya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang..Mudahnya nak jadi popular, cukup dengan buang bra dan underwear, sekejap saja satu dunia kenal!!
Aliaa
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah tinggal serumah bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak beberapa lama dulu. Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata. Alasan yang bagi JR sangat dangkal, dia tak mau menjadikan wanita objek seks, tapi dia sebagai wanita menjadikan dirinya sendiri sebagai objek seks!!
Aliaa bersama Karem Amer, lelaki otai kekasihnya..
“Saya berbogel kerana ingin dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.
Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan tinggal bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini. Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan telah kehilangan dara ketika berusia 18 tahun kepada lelaki berusia 58 tahun yang sangat dicintainya. Aliaa yang menerima ugutan bunuh sejak menyiarkan gambar yang tak bermaruah itu berkata, dia tak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.
JR tak tau apa nak jadi dengan orang Islam, sebahagiannya lebih berani dari orang bukan Islam. Sebenarnya seorang Aliaa bukan saja wujud di Mesir, di Malaysia pun ramai, cuma mereka tak berani mengakuinya. Bila gambar tak senonoh mereka tersiar, mereka sibuk menafikan, kononnya ia hasil teknik superimpose, fotoshop...Mereka sengaja menunjuk-nunjukkan auratnya dengan rasa bangga, apa lagi jika ada yang memuji cara dia berpakaian yang daring itu.
Setiap kali ada pesta filem, anugerah untuk artis dan sebagainya ramai yang menyerupai Aliaa mempertontonkan benjolan benda-benda yang sepatutnya disembunyikan dalam baju dalam dan seluar dalam mereka. Anehnya manusia-manusia ini bila ditanya tentang agamanya mereka tak pernah malu menyatakan mereka beragama Islam. Sebagai buktinya mereka telah beberapa kali pergi umrah.
Banyak kali pergi umrah tapi balik umrah masih tak malu menunjukkan lurah, itulah realitinya....
Maafkan JR jika entri ni agak memualkan tekak korang, kerana JR sendiri selalu rasa nak muntah bila bercakap tentang perangai artis-artis yang menjadi role model generasi muda kita tu....
mana dia letak hati dan perasaan dan maruah diaa T___T
ReplyDeleteTak boleh bayangkan mcmanalah perasaan ibu dan bapa dia.
ReplyDeleteNauzubillah minzalik..
Kesian mak bapaknya....Nak jadik glamour sanggup telanjang...
ReplyDeletemanusia zaman skrg....
ReplyDeleteBetul tu..kat Malaysia pun ramai yg sanggup telanjang utk duit. Dunia dah di penghujung....
ReplyDeletenak cakap apa lagi kalau bukan kerana gila nak jadi femes kat internet...peer pressure...ini la,itu la...
ReplyDelete