»

01 May 2012

Alhamdulillah Ning Baizura Dah Ikut Sunnah Nabi


 

Bukan mudah nak dengar pengakuan artis bahwa mereka hidup dengan mencontohi sunnah dan amalan Nabi.  
Syukurlah jika Ning Baizura berjaya mencontohi amalan hidup Nabi Muhammad SAW:
PETALING JAYA: Penyanyi Ning Baizura menitikberatkan cara penjagaan kesihatannya dengan mencontohi amalan pemakanan yang sihat seperti Rasulullah S.A.W.
Ning berkata dia sering mengamalkan tujuh jenis buah seperti kurma, zaitun, kismis, delima, barli, anggur dan tembikai kerana percaya, pemakanan mengikut sunnah Nabi adalah yang terbaik.
"Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa sibuk saya perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin agar tidak mudah berpenyakit. Dan salah satu caranya ialah saya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah Nabi dan ternyata banyak khasiat yang saya perolehi," katanya.
Tambah Ning, ia juga amat sesuai diamalkan terutamanya bagi ibu bapa yang ingin memperoleh zuriat.
Dalam pada itu Ning juga mengikut petua ibunya, Stella, dengan memakan pelbagai jenis sayuran dan mengurangkan makanan berasaskan daging.
"Ibu saya seorang vegetarian dan saya sukar mengamalkan pemakanan sebegitu. Tetapi saya elak makanan berdaging merah selain mengutamakan makanan berprotein dan soya," ujarnya. (Sumber: mStar Online)
Tapi alangkah eloknya jika Ning Baizura bukan saja setakat mahu mengikuti amalan pemakanan Nabi Muhammad, tapi juga keseluruhan amalan Nabi terutama cara berpakaian  dan pergaulan yang dianjurkan baginda. 
Begitu juga semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua termasuk JR & keluarga agar sentiasa terdorong untuk mencontohi keseluruhan kehidupan Nabi, termasuk cara berpakaian, pergaulan, ketertiban dan sebagainya, insyaallah...

3 comments:

  1. Kena biasa kn pakai tudung pulak lps ni :)

    ReplyDelete
  2. bab yang tu mmg sama kot ngan nabil.. huhu

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau nak ikut sunnah Nabi, tapi ada yg ikut sunnah hanya dari segi kawin empat, atau spt Ning hanya dari segi makanan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....