Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah masuk bulan kelima kalender 2012.
Hari ini 1 Mei 2012, cuti umum bukan saja untuk Malaysia, tapi untuk satu warga dunia. Selamat Hari Pekerja!!
1 Mei merupakan Hari Pekerja. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan hari kelepasan am (cuti umum) pada tarikh 1 Mei setiap tahun. Kerajaan mula menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja sejak 1991.
Dan sempena hari pekerja 2012 kerajaan ada hadiah istimewa: gaji minimum RM900 untuk semua pekerja. Tak kiralah ia hadiah sempena hari pekerja atau hadiah sempena pilihanraya yang bakal tiba, tapi terimalah hadiah itu...
Dan sempena hari pekerja 2012 kerajaan ada hadiah istimewa: gaji minimum RM900 untuk semua pekerja. Tak kiralah ia hadiah sempena hari pekerja atau hadiah sempena pilihanraya yang bakal tiba, tapi terimalah hadiah itu...
Sekali lagi selamat hari pekerja untuk semua tak kira yang bekerja di pejabat, bekerja di luar pejabat, bekerja di rumah (suri rumah) atau bekerja di mana-mana jua, selamat hari pekerja.
Bagi yang meraikan cuti ini di rumah, selamat bersantai bersama famili tercinta di rumah. Kepada adik-adik di asrama atau mereka yang bujang dan tak pulang ke kampung, selamat bercuti dengan cara sendiri.
Bagi yang bercuti dengan mengunjungi tempat tumpuan umum: tepian pantai, tepian air terjun, taman bunga, bershopping, sila berhati-hati. Malang tak berbau, sediakan payung sebelum hujan.
Bagi JR, walaupun hari bercuti tapi JR akan terus bekerja: ada projek yang perlu disiapkan segera. Dan jika ada ruang masa di rumah nanti pun masih akan bekerja: tolong isteri masak dan membasuh pakaian!!
Sempena hari pekerja, JR hidangkan korang satu puisi Faisal Tehrani, antara bait puisi ini yang menarik hati JR ialah "sambil bekerja itu saya pun terlena...saya boleh terlelap...dalam dengkur saya boleh bekerja....bekerja keras dan tertidur selalu...".
Sila hayatinya....
Ingat hari temuduga, ingat hari bersara, ingat hari pembalasan. Elokkah kerja buat kita.
ReplyDeleteIngat hari temuduga, ingat hari bersara, ingat hari pembalasan. Elokkah kerja buat kita.
ReplyDeletesemua para pekerja harus dihargai :D tak kira la buruh ke , suri rmh. smmua sama. (: best gak cuti.. walopon sehari. hoho
ReplyDeleteSelamat hati pekerja. Jangan asyik minta naik gaji tapi kerja tak seberapa. Lebih suka gaji tak naik tapi dengan syarat barang tak naik, minyak tak naik, tol tak naik..
ReplyDelete