Malam ini perhitungan terakhir bagi perebutan Piala FA akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil antara pasukan Kelantan (Red Warrior) dan Sime Darby. Siapa yang korang sokong: Kelantan atau Sime Darby?
Siapa yang lebih hebat antara Mohamad Ghaddar dan Patrick Ronaldinho?
Jika Sime Darby menang dengan berapa gol 2-1 atau 4-0? Jika Kelantan menang dengan berapa gol 1-0 atau 5-1?
Tapi apa pun ada satu berita yang pasti menggembirakan peminat Red Warrior: bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola akan menjadi jurulatih Red Warrior bagi menggantikan tempat Bojan Hodak.
Sebelum itu baca berita ini:
LIVERPOOL akan mengorak langkah untuk memikat Pep Guardiola bagi menggantikan Kenny Daglish.
Laporan The Sun menyebut bahawa bekas Pengurus Barcelona itu mendahului senarai 'The Kop' termasuk Pengurus Wigan, Roberto Martinez dan pengendali Swansea, Brendan Rodgers.
Pemilik The Reds, Fenway Sports Group mengakui bahawa peluang untuk mendapatkan Guardiola adalah tipis tetapi tidak mahu menolak kemungkinan melamar beliau.
Guardiola sebelum ini memberitahu beliau bercadang untuk bercuti selama setahun dan menghabiskan masa bersama keluarganya. (SH)
Guardiola sebelum ini memberitahu beliau bercadang untuk bercuti selama setahun dan menghabiskan masa bersama keluarganya. (SH)
Ooooopss..JR minta maaf kerana tersilap memetik berita..sebenarnya Pep Guardiola bukan kemungkinan akan menjadi jurulatih The Red Warrior (Kelantan), tapi The Reds (Liverpool).
Apapun kepada peminat Kelantan, selamat berpesta malam ini, itu pun jika menang seperti ramalan ramai peminat. Jika Sime Darby pula yang menang malam ini, JR ucapkan selamat berbahagia kepada the giant killer!!
Gomo kelate Gomo...
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu JR
kelantan menang 2-1..hehehe..
ReplyDeleteTak suka dgn sikap jurulatih Kelatan yg suka cakap besar. Darby gomo Darby, Darby pasti menang!!
ReplyDeleteGood Lucky kepada pasukan Kelantan..
ReplyDelete