»

17 May 2012

Pemuda Hampir Dirogol Lima Wanita Terjun Tingkap




Zaman serba kacau ni macam-macam boleh jadi. Maksiat, rogol, zina perkara biasa. Kadang-kadang kisah lelaki rogol wanita, pernah juga kisah wanita rogol lelaki (JR selalu tertanya-tanya: bagaimana cara wanita merogol lelaki?) 


Di bawah ni ialah kisah percubaan sekumpulan wanita Amerika untuk merogol seorang pelajar lelaki beragama Islam yang berlaku beberapa hari lepas:

Isham As Syar'abi adalah seorang pelajar lelaki dari Yaman yang agak kacak. Dia tinggal di sebuah apartmen di Arizona yang berdekatan dengan kampus tempat  dia belajar. Tapi suatu hari yang sangat malang, Isham dipaksa untuk melakukan penzinaan oleh sekumpulan lima pelajar Amerika Syarikat yang menceroboh apartmennya.

Seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya pada 13 Mei 2012, lima wanita itu merupakan teman satu fakulti dengan Isham. Mereka memasuki apartmen tempat tinggal Isham dan mengunci pintu untuk menghalang pelajar Yaman tersebut melarikan diri. Mereka kemudian menggoda Isham dan berbogel di depannya.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Mujurlah dia tak tercedera ketika menyelamatkan diri. Setelah keluar Isham segera melaporkan kejadian itu kepada pos keselamatan terdekat. Bertindak atas laporan itu, pengawal keselamatan berjaya menahan lima pelajar wanita yang sedang ketagih seks itu.

Berdasarkan siasatan polis,  pelajar-pelajar perempuan itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan seks tapi dia dengan sopan menolaknya atas alasan ia dilarang oleh agama Islam kerana hubungan seks hanya dibenarkan menerusi ikatan pernikahan. Namun pelajar-pelajar perempuan itu tak berpuashati dengan jawapan Isham dan berpakat untuk merogolnya beramai-ramai.

(Sumber info: Hidayatullah.com)

5 comments:

  1. Laaaa... Kakya ingatkan JR tadi.. Haha

    ReplyDelete
  2. sabar je la... haduiii...

    ReplyDelete
  3. Kuat betul iman pemuda nie...

    ReplyDelete
  4. Masih ade jugak lelaki mcm tu zaman ni..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Masih ade jugak lelaki mcm tu zaman ni..Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....