»

27 May 2012

Lelaki Kucing, Lelaki Kambing Atau Lelaki Anjing?




Suatu hari  ulamak terkenal Indonesia, Prof Dr Hamka (kini Allayarham) secara kebetulan bertemu dengan seorang aktivis Partai Komunis Indonesia, DN Aidit

Hamka

Hamka adalah seorang ulamak yang sentiasa bercakap dengan gaya lemah lembut dan berhemah, manakala Aidit pula terkenal  dengan gaya percakapannya yang agak kasar, outspoken dan agresif. Sebagai seorang ulamak, antara penampilan biasa Hamka ialah bersongkok dan menyimpan janggut sejemput. Aidit, tokoh komunis itu pula selesa dengan berkot dan wajahnya bersih tanpa misai dan janggut.

 
 Aidit

Aidit: Pak...boleh saya berbicara sedikit.

Hamka: Silakan.

Aidit: Pak..jika menyimpan kumis (misai) itu namanya kucing, tapi jika menyimpan janggut apa namanya? (menyindir Hamka yang menyimpan janggut)

Hamka: (Terdiam, mungkin sedang mencari jawapan)

Aidit: (Ketawa dan bercakap kuat) Mungkin bapa tidak tahu jawapannya, kalau begitu jawapannya ialah kambing, kerana bukankah kambing ada janggut tapi tidak ada kumis?

Hamka: Oh, begitu...jika menyimpan kumis tanpa janggut  itu kucing namanya dan jika menyimpan janggut tanpa kumis pula kambing namanya, bagaimana pula dengan orang  yang tidak menyimpan kumis dan janggut? (menyindir Aidit)

Aidit: (Terdiam...barangkali tidak tahu jawapan)

Hamka: Bukankah yang tidak ada kumis (misai) dan janggut itu ANJING namanya?

Aidit: (Terdiam dan meninggalkan Dr Hamka!!)

CATATAN: Cerita di atas JR kutip dari majalah Mastika yang JR baca beberapa tahun lalu. Dialog di atas JR olah semula berdasarkan ingatan JR, kerana majalah itu tiada dalam simpanan JR lagi. JR sangat meminati Dr Hamka (1908-1981) dan hingga sekarang masih menyimpan beberapa buku agama karyanya yang mempunyai aliran falsafah yang sangat tinggi.

Harap tiada yang tersinggung dengan kata-kata Dr Hamka itu...

4 comments:

  1. haha pandai pandai! lol

    ReplyDelete
  2. Hehe..
    JR.. Tu sebabnya ramai org yang suka provoke tanpa menyedari org yang mendengar Akan provoke balik. Lebih menyengat ok.. (Hamka menang dlm kelembutan yang bijaksana).. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....