»

11 May 2012

Kisah Tun Dr Mahathir Belasah Anak Perempuan Sendiri


Belum pun reda kisah menggemparkan seorang ibu di Malaysia yang mendera anak perempuannya berusia setahun sedperti yang tersiar dalam Youtube , kini muncul pula cerita negarawan dihormati, Tun Dr Mahathir Mohammad membelasah anak perempuannya sendiri. 

Mengapa Tun membelasah anaknya? Cederakah anaknya selepas kena belasah? Sekarang dia sedang dirawat di hospital mana lepas kena belasah.

Jawapannya ada di sini:

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka (polis) yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar dan saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu?” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang (orang awam) masuk di hospital, hanya dua sahaja polis (masuk hospital). Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

Dr Mahathir pula berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau (Marina), semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.” -HD





Marina Mahathir (t-shirt putih) turut berdemo..

Hmmmm...begitulah cara Dr Mahathir "membelasah" anaknya. Kedua-duanya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Bersih. Marina Mahathir bukan saja menyokong Bersih malah hadir sebagai pendemo dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Ayahnya Dr Mahathir pula tidak menyokong Bersih. 

Biasalah dalam satu keluarga mempunyai pendapat yang berbeza. JR dan isteri juga selalu mempunyai dua pendapat yang berbeza. Tapi bagaimana berbeza pendapat pun, kami tetap tidur sekatil. Begitu juga antara Dr Mahathir dan anaknya, walau sebesar mana pun perbezaan pendapat, mereka tetap anak beranak yang sentiasa berhubung rapat.. 

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....