Ada seorang anak saudara JR yang berhenti menghisap botol susu pada usia 10 tahun. Bila ada orang pergi ke rumahnya dia akan cepat-cepat menyembunyikan botolnya, tau pula rasa malu!!
Korang pula bagaimana?
Tapi kisah yang JR baca dari Seremban pagi ni sangat menggeletek hati. Eh, umur dah 14 tahun masih ketagih hisap botol? 14 tahun maknanya tingkatan 2, tahun depan ambik PMR! Kalau masuk dewan peperiksaan bawa botol boleh ke? Pemeriksa tak marah ke? Tapi dalam syarat peperiksaan, mana ada sebut tak boleh bawa botol, jadi bolehlah bawa botol kan?
Baca:
SEREMBAN – Seorang pelajar ketagih menghisap susu botol meskipun usianya kini mencecah 14 tahun.
Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.
Farah..studi sambil menghisap
Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah.
Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.
“Rasa susu yang sedap membuatkan saya kurang berminat dengan minuman lain dan kadangkala saya tidak makan nasi seharian, sebaliknya hanya menyusu sahaja. Menghisap susu botol sudah menjadi rutin seharian. Meskipun tidak kena pada usia, saya tetap akan menyusu sampai bila-bila,” katanya.
“Kawan sekolah tahu saya hisap susu botol tetapi mereka tidak pernah ejek dan perli saya. Saya juga tak rasa malu dan tidak kisah diejek rakan. Saya bersyukur kerana ibu bapa memahami keinginan saya dan masih membeli susu untuk saya sehingga sekarang,” katanya.
Sementara itu, ibu Farah Sauffiah, Latifah Ariffin, 47, berkata, dia memperuntukkan RM80 sebulan membeli susu tepung untuk anaknya itu.
“Anak saya akan menghabiskan susu tepung sebanyak dua kilogram setiap bulan. Kos ini tidak termasuk botol susu yang perlu diganti baru. Pernah sekali saya tidak membeli susunya dengan harapan dia berhenti menyusu tetapi dia sanggup ke kedai membeli susu dengan duitnya sendiri,” katanya.
Latifah berkata, suaminya pernah membaling botol susu anaknya itu di jalan depan rumah mereka.
“Suami saya bertindak begitu kerana mahu melihat Farah Sauffiah berhenti menghisap susu botol tetapi malangnya, anak saya sanggup mengutipnya semula. Kami sudah tidak ada cara untuk memberhentikan tabiat Farah Sauffiah kerana dia masih juga menghisap susu botol sehingga sekarang,” katanya.
(Sumber: Sinar Harian)
Hahahaha...lucu kan 14 tahun masih hisap puting botol? Dan yang lebih lucu gadis ini kata dia tetap akan menghisap botol sampai bila-bila. Sampai bila-bila maksudnya sampai dia kawin, sampai dia dapat anak, sampai dia dapat cucu, dia tetap akan menghisap susu.
Kalau dah kawin nanti, bertuahlah suaminya kerana dapat isteri yang cuma suka hisap susu botol. Suami tak payah beli makanan mahal-mahal, tak payah berkunjung ke restoran mewah, tak payah makan KFC, Pizza dan lain-lain, suaminya cuma perlu membeli susu tepung dan menggantikan botol untuk membahagiakan isterinya.
Dan yang lebih lucu nanti, bila gadis ini dapat anak dia boleh berkongsi botol susu dengan anaknya...ahaks!!!
Ada jugak ye macam ni. Kelakar tapi dia pun mcm tak kisah je. So, kita hormati je la kesukaan dia ye tak.
ReplyDeleteOK ler tu, dia cuma ketagih hisap botol susu. Kalau dia ketagih hisap benda lain spt dadah lagi ler susah emak bapanya...
ReplyDeletehahaha..lucu jugak..:)
ReplyDeletePTB ni - 'pelik tapi benar'. bagus lah kawan sekolah dia, takde pun nak ketawakan dia. tu je kualiti yg saya nampak bagus dalam kisah ni :)
ReplyDeleteade dengar dalam radio tadi.. memang rilek je budak pompuan ni ye.. takde cover2 pun.. slumber!
ReplyDeletehahaha adoyai, dasatnya budak tuh.
ReplyDeletesaya berhenti hisap susu botol masa darjah 3 hehe
hahahaaa....no komen ...tp kelakar gak la....dh tgktn 2 tuuu
ReplyDeleteerk/... peliknya... first time dgr kiash mcm nie
ReplyDeletesaya juga masih blum berhenti isap botol susu..
ReplyDelete