Masa kecil-kecil dulu JR masih ingat JR sangat takut memandang ke langit, terutama di waktu petang. Ini kerana pelbagai rupa bentuk yang kadang-kadang menakutkan sering kelihatan di langit. Ada yang berbentuk binatang seperti serigala dan singa yang sangat besar, ada yang berbentuk seperti raksaksa, ada yang berbentuk seperti sesuatu yang menyeramkan dengan wajah seperti bersedia untuk membaham kita di bawahnya.
Tapi kadang-kadang ada juga paparan indah yang JR saksikan di dada langit. Tapi kerana takut terpandang sesuatu yang mengerikan, JR lebih suka tidak memandang ke langit, jalan lurus bagai robot!
Tapi bila dah semakin matang, JR jadi sebaliknya: suka merenung langit, suka berkhayal tentang awan gemawan yang sebenarnya sangat indah ciptaan Tuhan. Tiba-tiba teringat puisi Usman Awang, Kekasih:
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu,
menjadi selendang
menudungi rambutmu,
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu,
menjadi baju
pakaian malammu,
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu...
menjadi kerongsang
menyinari dadamu...
Dan di bawah ini adalah antara segugus awan indah di angkasa raya ciptaan Yang Maha Esa yang pernah dirakamkan oleh manusia:
Awan ini dirakamkan di Bangkok yang bagi penganut Kristian dikatakan menyerupai malaikat..
Awan yang menunjukkan arah ke kanan dirakamkan di Australia
Awan menyerupai seekor anjing pemburu yang sedang mengejar mangsanya dirakamkan di England
Sekali imbas awan ini kelihatan seperti UFO
Dan awan ini seperti apa...mungkin seperti lebuhraya utara selatan?
Ini adalah antara rupa bentuk awan yang masa kecil sangat JR takuti, bentuknya seperti raksaksa yang sedang berdiri!!
Maha suci Tuhan yang mencipta sesuatu yang ajaib di angkasa raya bagi menunjukkan kepada kita kebesaran dan kekuasaanNYa...
Subhanallah!!! Maha suci Tuhan yang menjadikan sekelian alam yang adakalanya tidak terjangka oleh akal.. :)
ReplyDeleteSubhanalallah!!! memang unik awan2 nie...
ReplyDeleteSubhanalallah!!! memang unik awan2 nie...
ReplyDeleteyang awan bentuk ikan tu paling setailo!!heheh
ReplyDeleteJR, saya paling suka tgk awan. Selalunya saya tgk masa drive kat hi-way. Pernah masa tu saya nak balik KL dari kg, masa tu dengan suami tapi masa tu kiterang baru berkawan biasa je, takde feeling2, tiba2 nampak awan berbentuk hati pastu ada cahaya merah sejalur kat tgh2 mcm anak panah. Cahaya merah tu plak hanya nampak bila pakai sunglasses. Tak sangka plak itu rupa-rupanya petanda yg kami ni berjodoh. Kekeke.
ReplyDeleteciptaan tuhan sememangnya indah :)
ReplyDeletemaha suci allah... :)
ReplyDeletebetul kata JK, indah sangat ciptaanNya
ReplyDelete