Amy berkata, dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya.
"Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa saja. Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katanya seperti yang tersiar dalam mStar hari ini.
Mengenai Johan, Amy berkata: "Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak"
Bagaimanapun kata Amy dia sendiri tak pasti bahwa Johan akan bertemu jodoh dengan Nabila kerana ketika mereka bercuti bersama-sama dengan Johan di Jepun pada Mac lalu, kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta.
Bagi JR kalau dah seorang ayah pergi bercuti dengan keluarga di luar negara kemudian bawa pula kawan lelaki anaknya sekali yang tiada hubungan muhram dengan anaknya, itu dah kira 'sangat bagus' la tu.
Kepada Johan tunggu apa lagi, ayah dah bagi green light, pergilah meminang cepat-cepat. Tak baik tau duduk rapat-rapat dan berpegang tangan dengan anak perempuan orang yang bukan muhram. Lagi pun Johan tu bekas pelajar sekolah tahfiz al-Quran, pasti dia sangat arif tentang hukum agama. Jika dah berkenan, bakal bapa mentua pun dah setuju, eloklah dibina masjid cepat-cepat, takut lambat-lambat nanti timbul pula fitnah terhadap pelakon kita yang ada gelaran al-hafiz ni..
Ada saya tonton lakonan waraq JA dalam satu drama bertema kan sekolah tahfiz. Moga dimudahkan urusan mereka..
ReplyDeleteYg baik usah dilengah kan.
ReplyDeletepergi jangan tak pergi...hehehe
ReplyDeleteBakal pak mentua rock lagi tu......hehehehe
ReplyDelete