Hello 999...KL sudah kena tawan dengan orang kuning!!
Berapa ramai orang kuning yang menawan KL hari ni? Polis KL dalam berita TV tengahari tadi kata 25,000 orang kuning sedang memenuhi KL.
Sumber blog sebelah sana pula kata jumlahnya lebih dari 100,000 orang.
Ada yang kata jumlahnya terlampau ramai macam ulat:
Antara yang turut hadir dalam perhimpunan kuning Bersih 3.0 itu ialah Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadir serta tokoh-tokoh parti pembangkang dan parti kerajaan dari pelbagai kaum.
Semoga tak ada apa-apa yang terjadi. Nak berhimpun, berhimpunnlah dengan aman. Polis yang berkawal juga berkawallah dengan aman. Malam ini semuanya dapat tidur lena, tidak ada yang tidur di wad kecemasan atau ICU. Peace no war...
Suka dengan foto di bawah ni, gadis kuning hadiahkan jambangan bunga kuning kepada polis yang berkawal sambil rakan-rakan memerhati dengan senyuman berbunga:
dengar citer mmg ramai.....tp tak dpt di pastikan jumlah nya.
ReplyDeleteAku suka tengok gambar org Islam yg solat atas jalan tu. Mereka berjaya memperlihatkan kpd org bukan Islam tentang keagungan Islam dan kekuasaan Allah yg berada di mana-mana tak kira dlm masjid, dlm pejabat, atas jalan atau dalam laut pun. Allahuakbar!!
ReplyDeletebuat perhimpunan menyusahkna org.. pada pandangan deno, nak buat perhimpunan pun, kenapa tak ikut arahan di tempat sepatutnya.. kat situ dah nampak tak betul org2 nie, sengaja nak buat kacau dan menyusahkan org.. apa nak jadi la... bersih? mcm bersih sgt.. kata bersih, ceramah dari mula hingga akhir yg den0 tahu tak ada yg bersih pun..
ReplyDeletetuntutan bersih ada rasionalnya. rakyat mahu pilihan raya yang bersih.pilihan raya yang bersih akan melahirkan kerajaan yang bersih untuk malaysia.
ReplyDeleteadui..ialah JR, kemarin kami ke Wilayah Labuan, ada pesta air di sana. Aman ja labuan. Bila tengok blog2 metro berita2 pulamak..org kuning. ada yg cerdera, kenderaan banyak rosak. Siapa nak di salahkan ni..macamana Malaysia nak jadi contoh terbaik kepada Dunia.
ReplyDeleteMoga ada kesedaran lepas ini.