»

01 April 2012

Gempar: Semut Telan Gajah Di Zoo Negara


KUALA LUMPUR, 1 April - Kelibat seekor semut besar setinggi 1 meter yang tiba-tiba muncul berdekatan pintu masuk Zoo Negara telah menggemparkan orang ramai di dalam zoo dan pengunjung yang sedang beratur membeli tiket.

Semut besar berwarna merah menyala itu tidak menyerang orang ramai, sebaliknya ia bergerak dengan laju menuju ke arah kawasan yang menempatkan gajah. Beberapa orang pengunjung yang tidak menyedari kehadiran semut itu telah terlanggarnya menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera parah dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Seorang pelancong berasal daripada Perancis berusia 72 tahun juga dihantar ke hospital yang sama selepas mengadu sesak nafas dipercayai terkena serangan jantung kerana terkejut melihat semut besar yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Setibanya di kawasan zoo yang menempatkan gajah, semut besar itu kelihatan menyerang seekor anak gajah menyebabkan anak gajah itu tumbang serta merta. Ibu gajah yang cuba mempertahankan anaknya juga jatuh selepas kira-kira 5 minit bertarung dengan semut itu. Semut besar berkenaan tidak mengambil masa panjang kerana mengikut pengunjung yang menyaksikan fenomena pelik itu dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuh anak gajah dan ibu gajah  telah ditelan oleh semut tersebut.


Orang ramai yang panik melihat semut itu kelihatan cuba lari keluar dari kawasan zoo menyebabkan beberapa orang kanak-kanak tercedera kerana dipijak mereka yang cuba mencari jalan keluar. Pekerja-pekerja zoo yang datang dengan jaring besar dan cuba menangkap semut besar itu kelihatan  gagal melakukannya. Ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba juga tidak dapat membantu menangkap semut itu sehingga akhirnya bantuan polis dan tentera yang bersenjata lengkap terpaksa dipanggil.

Ketika berita ini ditulis pasukan tentera dan polis sedang bertungkus lumus menangkap semut besar yang mengikut seorang pelancong Australia menyerupai makhluk asing (UFO) yang pernah muncul di Brisbane pada akhir tahun lepas.

Sumber Berita : Klik di sini.

5 comments:

  1. Terkena aku sekali ni...rupanya April Fool!! Mula2 percaya bulat2..hahaha

    ReplyDelete
  2. tipah tertipu tipu tertipah

    ReplyDelete
  3. hahahaha..terbaikk..:P

    ReplyDelete
  4. la,terkena lah, mujur 2hb April..hehe lucu..)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....