Esok 28 hb April hari Sabtu. Korang yang tinggal kat KL pasti tahu esok akan ada satu event menarik kat KL: Perhimpunan Bersih 3.0. Tak payahlah JR nak ceritakan apa itu Bersih 3.0, telinga pun dah nak pekak kerana sejak 2-3 minggu lalu TV hari-hari bercakap tentang apa itu Bersih 3.0 yang bertemakan 'Duduk Bantah' itu.
Apa nak jadi dengan KL esok, terutamanya lokasi sekitar Dataran Merdeka? Adakah polis akan menembak lagi seperti Bersih 2.0 dulu, peserta bertempiaran lari, huru-hara dan ada seorang peserta mati? Anak Dr Mahathir (Datin Paduka Marina Mahathir) akan ikut berdemonstrasikah lagi seperti sebelum ini? Macam-macam persoalan yang cuma akan terjawab esok.
Tapi penganjur BERSIH pula menyatakan Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah tetap akan diadakan di Dataran Merdeka esok walaupun mahkamah mengeluarkan perintah supaya orang ramai tidak memasuki kawasan itu. Penganjur perhimpunan menetapkan enam lokasi untuk berkumpul iaitu Masjid Negara, KLCC, Jalan Sultan, Pasar Seni, Jalan Brickfields dan Dataran Gajah (Brickfields) sebelum beramai-ramai berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Jurucakap BERSIH berkata, perhimpunan itu akan bermula jam 2.00 petang lepas solat zohor dan akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Sekali lagi: apa nak jadi dengan KL esok?
JR harap tak akan ada apa-apa yang buruk terjadi esok. Tak akan berlaku konfrontasi orang ramai dengan polis, tak akan berlaku tembakan meriam air, tak akan berlaku tembakan tear gas, tak akan ada yang akan tercedera dan meninggal seperti BERSIH 2.0.
saya tak turun KL esok....dok di rumah je...ahad baru pegi....singgah lagi ke PWTC....hehehee
ReplyDeleteSbg warga negara yg cintakan Malaysia, saya akan turun esok demi kebersihan negara. Masa utk mengundi dlm tong sampah yg kotor tlh berlalu...
ReplyDeleteapa la bersih tu.. menyusahkan org ramai!!! mcm bersih sangat!
ReplyDelete