Salam malam Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Entah mengapa tadi ketika sedang bersembang-sembang dengan jiran sebelah yang baru beli sebuah henfon Samsung yang maha canggih, terkeluarlah cerita mengenai Nokia 3310.
Korang pernah dengar pasal henfon Nokia 3310? Bagi yang masih belum akil baligh pasti tak pernah dengar, apa lagi tengok jenama Nokia yang tersangat popular pada zamannya itu.
Pada zaman itu (awal tahun 2000) sapa yang ada Nokia 3310 dia dianggap sebagai orang yang sangat bertuah, kerana henfon ini dianggap sebagai henfon yang paling canggih pada zaman itu. Apa yang istimewanya Nokia 3310 hingga pernah digelar sebagai 'the best handphone of all time' tu??
Nokia 3310 dikeluarkan pada tahun 2000. JR juga pernah memilikinya yang merupakan henfon pertama JR yang dibeli pada 2001 (masa tu mungkin sebahagian dari korang belum bersunat lagi!!). Harganya kalau tak silap RM600++ (antara yang termahal ketika itu)
Di sebelah Utara, henfon ni popular dengan gelaran Nokia tiga tiga sekupang (3310). Ia cuma henfon hitam-putih, tanpa kamera, tanpa memori card, tanpa Java, tanpa bluetooth, tanpa radio, tanpa banyak lagilah jika dibandingkan dengan henfon cap ayam sekarang pun. Ia cuma berfungsi sebagai telefon untuk buat panggilan, boleh hantar SMS dan ada 4 jenis game di dalamnya (Snake II, Pairs II, Space Impact, Bantumi ).
Yang menjadikan henfon ni terkenal ialah ketahanannya. Macam JR sendiri, berpuluh kali henfon ni jatuh atas simen, terendam dalam air (musim banjir) tapi ia tak memberi apa-apa kesan. Malah ada kawan JR yang katanya pernah termasuk dalam mesin basuh tapi lepas dijemur ia berfungsi balik seperti biasa. Tak seperti henfon sekarang yang ada macam-macam function tapi tersangatlah manja, jatuh sikit skrinnya pecah dan functionnya terus gila babi, dan bila kena air sikit mampos terus!
Daya tahan luar biasa henfon ni menjadikan ia popular hingga 126 juta unit henfon ni terjual di seluruh dunia. Satu metos mengenai ketahanan henfon ini ialah jika dibaling kat cicak di dinding cicak pasti mati, jika di baling kat kepala anjing pula, kepala anjing akan pecah, tapi henfon ni akan tetap steady forever!
Salah satu yang menjadikan henfon ni canggih pada zaman itu ialah ia tak menggunakan antena seperti kebanyakan henfon-henfon lain ketika itu. Game yang ada di dalamnya pula mungkin yang terbaik pada zaman itu (Snake II, Pairs II, Space Impact, Bantumi ).
Tengok game nya yang 'canggih' pada zamannya tu:
Ini lagi...
Sayangnya JR dengan henfon yang sangat berjasa kepada JR tu hanya Allah saja yang tau. Bila henfon bewarna mula keluar beberapa tahun kemudian, JR masih setia dengan Nokia 3310 ni.
Hinggalah pada tahun 2004 rumah JR dipecah masuk oleh penyamun dan henfon ini turut hilang.....
saya ada henpon tiga2 skupang ni dulu...mahal tu masa tuu....huhuhhuu
ReplyDeletestill simpan lagi walaupun dah lama rosak..
ReplyDeletetiga tiga sekupang ni fon pertama saya jugak. Harga masa tu dalam 800 lebih. Sim kad lagi dah 100 lebih.Pergh gila pulak kalau bayangkan kos nak pakai telefon 'cap ayam' ni je dulu dekat 1k.
ReplyDelete