Salam petang Khamis buat semua pembaca blog JR
Korang suka debat? Pasti suka kan? Bukan ke dalam dunia blog ni sendiri kita sering berdebat mengenai pelbagai isu? Di rumah juga kita pernah berdebat dengan adik beradik dan ibu bapa. Semuanya debat yang membina kan?
Debat yang tak membina cuma debat ketika berita TV. Hanya satu pihak yang dibenarkan menyerang bermati-matian, manakala pihak satu lagi yang diserang tak diberi peluang membela diri.
Debat bukan nak cari siapa betul siapa salah tapi untuk memberi peluang semua pihak yang terbabit dalam sesuatu isu melontarkan ideanya. Penontonlah akhirnya yang akan membuat penghakiman, tidak seperti berita TV yang memaksa kita menerima kebenaran yang belum tentu benarnya.
Dan tak lama lagi akan berlangsung satu debat agung melibatkan tiga personaliti besar tanah air - PM Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin. Debat ini akan dianjurkan oleh Wikileaks - laman pembocor maklumat terkenal itu.
Anwar berkata Wikileaks telah menghubunginya melalui pesanan di Twitter untuk mengadakan debat bagi membincangkan beberapa isu mengenai Malaysia itu dan dia telah berkata "ya" - bersetuju untuk hadir.
Bagaimanapun Datuk Seri Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan akan menyertai debat itu.
JR yakin Datuk Seri Najib pasti akan bersetuju untuk berdebat. Begitu juga Raja Petra yang selalu mengkritik Anwar itu, pasti dia juga akan bersetuju dalam debat dua lawan satu itu. Jika kedua-duanya tak bersetuju media Barat pasti akan mentertawakan PM kita dan JR yakin PM kita pasti tak akan menolak untuk hadir debat itu. PM kita pasti mahu membuktikan dia bukan seorang penakut seperti yang dipercayai oleh ramai orang.
Tentu bagi sebahagian korang akan berkata go to hell with politic, aku tak mau ambil tau hal politik. JR juga selalu cuba tak mau ambil tahu hal politik. Tapi tanpa politik kita tak akan ada negara, tanpa politik kita tak akan ada kerajaan, tanpa politik kita tak akan ada jalan raya, tanpa politik kita tak akan ada kenderaan, tanpa politik kita tak akan ada sekolah dan universiti, tanpa politik kita tak akan ada klinik dan balai polis. Tanpa politik kita akan hidup dalam dunia anarkis.
Oleh itu mau tak mau kita terpaksa ambil tahu hal politik supaya kita masih dapat hidup dan bernyawa esok, lusa dan tulat. Dan mau tak mau jika debat agung itu menjadi kenyataan kita terpaksa menghadapinya...
Saya pun menunggu juga ni JR..
ReplyDeleteSaya takut last minit Anwar rejek lagi.. Let's wait and see.
erkkk.. semoga yg BENAR akn berjaya..
ReplyDeletekite tengak .
ReplyDeleteBro JR, aku tak rasa Najib berani lawan Anwar. Najib cuma berani cakap berdegar2 depan org2 Umno, depan Anwar yg hebat berpidato tu berani ke dia? Aku berani bertaruh punya, Najib mesti akan cari 1 juta alasan utk tak mau berdebat dgn Anwar. Dgn bini dia yg bersanggul besar tu lagi dia takut, ini kan pula dgn Anwar.
ReplyDeletebetull...yang penting aku nak tgk point2 yang dorang akan bentangkan kat hadapan rakyat...so that crystal clear...
ReplyDeletehahahahhaa...Najib akan rujuk perkara ini dgn Rosmah. Rosmah mesti tak bagi bini dia (Najib) kena cekik dgn Anwar punya. So nanti tengoklah....debat ini tak kan jadi kenyataan...
ReplyDeletekadangkala orang yang terlalu bijak berkata-kata belum tentu hebat memimpin dan kadangkala ada orang yang sudah jadi pemimpin belum tentu mampu memimpin sebaiknya. Masing2 ada kekurangan. Apa yang penting jangan sampai kekurangan menjadi punca perpecahan kita sesama muslim. Jika itu terjadi orang yang paling rugi adalah kita sendiri.
ReplyDelete