»

15 March 2012

Cara Mudah Curi Kereta Mewah


Salam tengahari Khamis yang hangat buat semua pembaca blog JR.

Di tengahari hangat ni JR nak kongsi dengan korang satu tip - hmmmm...tip untuk curi kereta!! 

Apa, curi kereta? Ya, tip untuk curi kereta mewah!! Tak kiralah apa brand nya dari Merc, BMW, Porche, Lamborghini, Roll Royce, semuanya boleh, semua boleh dicuri dengan mudah.

Eh, buang tebiat ke JR, nak ajar orang mencuri, curi kereta mewah pula tu?

Sebenarnya JR bukan nak ajar korang mencuri kereta. Cuma JR nak peringatkan korang yang ada kenderaaan, tak kiralah kereta atau motor atau bas atau lori atau kereta kebal, walau semewah manapun kenderaan korang, walaupun dilengkapkan dengan alat keselamatan secanggih manapun, sebenarnya ia masih tak selamat dari lesap dicuri. Ini kerana secanggih mana pun alat keselamatan yang korang pasang bagi mengelakkan kereta dari dicuri, si-penyamun ni lebih cekap dari korang.

 

Mengikut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, seperti yang JR baca dalam Kosmo hari ni, pencuri-pencuri kereta menggunakan alat-alat canggih keluaran China dan Eropah untuk mencuri kereta. Mereka menggunakan signal jammer untuk mematikan sistem penggera kereta dan signal GPS. Selepas itu mereka akan menggunakan key programming system untuk meneutralkan sistem keselamtan kereta. Untuk menghidupkan enjin pula mereka menggunakan alat kawalan ECU sebagai kunci baru.  Lepas segalanya beres, mereka pecut kereta mewah korang untuk dijual kepada orang lain dengan harga murah. Tak sampai 10 minit, belum pun korang 20 meter tinggalkan kereta, ia dah lesap dari pandangan. Cekapnya mereka!!

Mengikut Datuk Osman harga alat mencuri kereta itu boleh tahan mahalnya iaitu antara RM20,000 hingga RM30,000 setiap satu. Tapi pulangannya sangat berbaloi kerana sebuah kereta yang dijual boleh memberi pulangan berkali-kali ganda dari harga satu alat curi kereta yang boleh digunakan sampai beratus kali itu.
 
Kepada pemilik kenderaan, ingatan dari JR:  berhati-hati ketika parkir, kerana anda sedang diperhatikan.....

3 comments:

  1. Ala... curi keta dpt duit banyak pun tak ke mana nya. Yg curi keta guna gps ni saya penah tgk dlm CSI.

    ReplyDelete
  2. masalahnyer mencuri......kannn

    ReplyDelete
  3. lebih2 lagi skrng ada youtube...mcm2 trick diajar kat website tu...+_+

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....