»

24 March 2012

Bapa Nabi Muhammad SAW Masuk Syurga Atau NERAKA?


Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR


Beberapa hari lepas JR ada terbaca satu entri dalam satu blog yang mempersoalkan sama ada bapa Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Abdul Mutalib, masuk syurga atau neraka? JR sendiri sebenarnya agak seram untuk berbincang topik ini. Ini kerana syurga dan neraka adalah hak Allah. Kita wajib beriman bahwa syurga itu adalah hak Allah dan neraka juga adalah hak Allah SWT.  Oleh itu apa manfaat yang diperolehi sesudah dibincangkan suatu yang menjadi hak Allah SWT?


Keputusan muktamad siapa ke syurga dan neraka juga menjadi hak Allah SWT. Allah akan memasukkan ke dalam syurga-Nya sesiapa yang dikehendakiNya dan akan dihantar ke neraka sesiapa yang dikehendakiNya. Fullstop!



Di bawah ini JR perturunkan entri mengenai isu yang sungguh kontroversi ini:

Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, di mana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
            “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
            “Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
            “Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS.

5 comments:

  1. pasal syurga or neraka tak perlu le kan kita jatuhkan kat mana lebih2 lagi kalau tak berilmu

    ReplyDelete
  2. Betul tu JR, mengapa dibincangkan sesuatu yg tak pasti? Kita pun tak pasti ke neraka atau tidak, mengapa dipersoalkan tempat org lain??

    ReplyDelete
  3. Wallahualam...Jr..ziarah membaca entry tuan ya..

    ReplyDelete
  4. pulak dah ? jangan dibuat main benda mcm ni .

    ReplyDelete
  5. Benda2 cam gini tidak boleh main-main tau blog siapakah itu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....