»

29 February 2012

Nombor-Nombor Kenderaan Unik Di Malaysia & WWW...


Salam  buat semua pembaca blog JR.

Bagi korang yang ada kenderaan, korang pasti tau ada sesetengah pemilik kenderaan sangat gila dengan nombor pendaftaran yang cantik dan unik.  Satu masa dulu ramai orang berebut-rebut (terutamanya doktor) mahu nombor DR yang bermaksud doktor. Kabarnya nombor DR yang paling mahal ialah DR 6161 yang bila dilihat dari jauh nampak macam DR GIGI

Di Perlis pula ada seorang VIP bernama Razi menggunakan nombor RA21 yang dari jauh nampak seperti RAZI. Mereka yang gila nombor ini sanggup menempah nombor  yang sesuai dengan citarasa mereka dengan harga yang mahal, bukan lagi berpuluh ribu harganya tapi beratus ribu untuk nombor pendaftaran kereta sahaja.

Seorang penggemar nombor pendaftaran unik lagi menggunakan nombor NAJ 113:

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivUdyMWpx85xowRzRSvxF3lWFDAJrEaYoYeqjQ2VoVs98EzHd6sTJgwix_A-pmKwdLfk5gvj1NHmlQhP2Ep82vGcVZTD48EfhuVIs5ZE24KHcGCkiCxWQmdth6VcJm7U5eb72t24zl_T4/s1600/383265_304370079597743_100000742617802_1035879_426146490_n.jpg

Nombor NAJ 113 ini bila dilihat sekali imbas nampak macam NAJIB. Pasti pemilik kereta ini bernama Najib!!

Tahu ke korang nombor kenderaan yang paling mahal di Malaysia? Nombor kenderaan yang paling mahal ialah nombor "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100. Pengguna nombor ini ialah seorang tokoh parti MCA. Nombor kereta saja lebih mahal dari harga sebuah rumah!!

Tapi dalam banyak-banyak nombor, ada satu nombor yang walaupun cantik tapi orang tak mau. Nombor itu ialah BAB 1 kerana bila dilihat ia nampak macam BABI.

Sekarang ramai orang sedang tertunggu-tunggu pendaftaran nombor WWW. Mengapa orang tertunggu-tunggu  nombor WWW? Ini kerana WWW dilihat sebagai bermakna  "World Wide Web". Bagi mereka yang ingin menempah nombor WWW tempahan boleh dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini. Mengikut sumber JPJ, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Nombor bernilai utama iaitu nombor  angka 1 (WWW 1) hingga 10 (WWW 10) yang boleh ditempah dengan harga jualan minimum RM10,000, bagi nombor menarik pula  dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.

Bagi JR, JR tak begitu kisah sangat dengan nombor-nombor ni, tapi JR tetap juga berminat dengan nombor-nombor yang agak senang diingat. Sebab tu kereta JR  pakai nombor 4444. Tapi nombor 4444 yang JR pakai tu orang Cina tak suka. Korang tau mengapa orang Cina tak suka nombor 4444? Sila teka....

1 comment:

  1. ramai gak kenal kawan2 yang gila beli nombor kete gini...haha...setailo kan?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....