Salam tengahari Isnin buat semua pembaca blog JR. Entah mengapa budak kenit @ internet ni bergerak macam kura-kura lagi. Fedup! Sekarang pun macam kura-kura juga...hmmmm...sebab lambat bayar bil ke??
Apa pun hari ni JR nak kongsi cerita mengenai anak seniman agung kita P.Ramlee. Memang P.Ramlee nama besar dalam sejarah seni negara. Dia seniman serba boleh: boleh jadi pelakon, pengarah, penyanyi, pencipta lagu, malah kata orang boleh menjadi dukun jika kecemasan.
Tapi bintang P.Ramlee tak menyebabkan anak-anaknya menjadi bintang sepertinya. Kecuali Dian P.Ramlee (anak angkat P.Ramlee), anak-anaknya yang lain bukan orang terkenal dan hidup senang seperti sesetengah artis lain. Anaknya Nasir (sudah meninggal) bukan orang senang, Sabaruddin juga cuma kerja sebagai pekerja am dan seorang lagi Sazali juga cuma seorang tukang sapu. Sazali P.Ramlee bukan sahaja tidak memiliki kereta mewah seperti artis-artis lain, kereta tak mewah pun dia tak ada, malah kapcai pun dia tak miliki. Yang mampu dia miliki dalam kemiskinannya cuma sebuah basikal. Begitulah malangnya nasib anak seniman agung kita.
Berita terbaru yang JR baca di Kosmo hari ini ialah Sazali P.Ramlee kini sedang terlantar sakit. Dia kini tak mampu bergerak, cuma berkerusi roda. Sazali, 53 kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu:
Sazali P.Ramlee berkerusi roda..
“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya kepada Kosmo semalam.
Memang nasib manusia ditentukan Allah, tapi kita perlu berusaha ke arah masa depan kita dan anak-anak supaya mereka dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dari kita. Jadikan tragedi anak P.Ramlee ini sebagai iktibar dalam mengharungi hidup yang cuma seketika ini....
Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu...!!!
ReplyDeleteiyalah...Tan Sri P.Ramli mempunyai tuah tapi nasib @ Tuah anak anaknya.....
P.Ramlee pergi meninggalkan harta seni, bukan Wang ringgit yang boleh di nikmati oleh anak2 yang masih hidup.
ReplyDeletecerita2 p.ramlee hingga kini masih di gemari...
ReplyDeleteseperti yang adando cakap, Tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu...
ReplyDeletekesiankan anak-anak P.ramli..
ReplyDeleteP.ramli ade kereta,rumah bukan basikal saje bro.. g kl kat setapak ade memoril p.ramli, rumah p.ramlin kereta plat BAD XXX. LAst dia meninggal dia masih ade org gaji.
ReplyDelete