Salam pagi Rabu untuk pembaca blog JR.
Jika korang tak nak bercakap hari ni kerana dibelenggu peraturan Wordless Wednesday, tak apalah. Biar JR sebagai warga merdeka yang tak dibelenggu apa-apa peraturan buatan manusia saja bercakap dalam blog ni..
Dan hari ni JR nak bercakap pasal kereta.
Nasib baik JR dah ada kereta. Isteri juga ada kereta sendiri. Alhamdulillah..Walaupun bukan Ferrari, Porche atau Lamborgini, namun kereta-kereta yang kami miliki sudah memadai untuk menyempurnakan keperluan kami seharian.
Tapi bagi korang yang belum memiliki kereta, ketahuilah, sekarang ni amat sukar untuk membeli kereta baru dengan wang sendiri. Lainlah kalau bapa korang taukeh lombong emas yang korang boleh dapatkan duit percuma daripadanya untuk beli kereta baru.
Bagaimana aku nak beli Porche Carrera, jika pinjaman tak diluluskan??
Mengikut Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (Peda), Armin Baniaz Pahamin seperti yang tersiar dalam Kosmo hari ini, peluang untuk mendapat pinjaman semakin sukar, hanya tiga daripada 10 permohonan diluluskan oleh institusi kewangan. Ini berikutan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkuat kuasa 1 Januari lalu. Mengikut garispanduan Bank Negara itu, peminjam wajib mngisytiharkan gaji bersihnya selepas menolak semua potongan lain termasuk KWSP, Cukai Pendapatan, pinjaman rumah, kad kredit dan lain-lain kepada institusi kewangan yang nak memberi pinjaman membeli kereta. Kalau gaji RM6,000 pun, tapi jika lepas tolak segala hutang hanya ada baki di tangan cuma RM1,000, permohonan tak akan diluluskan oleh institusi kewangan. Dengan kata-kata lain, hanya peminjam yang kewangannya betul-betul mantap saja layak diluluskan pinjaman.
Bagi JR peraturan baru ni ada pro and con nya. Yang bagusnya hanya peminjam yang betul-betiul layak yang mendapat pinjaman membeli kereta. Tak perlulah lagi anak bini berlapar kerana suami nak bergaya dengan kereta baru untuk ditayang kepada girl friendnya (contoh melampau). Tak perlu juga suami gadai gelang bini untuk beli kereta baru hingga bini cuma pakai gelang plastik saja lepas tu (contoh melampau lagi). Bila tak banyak lagi kereta baru di jalanraya, jalan juga aman lah sikit, jem pun kurang, kemalangan pun kurang, kurang kematian, kuranglah kaki, tangan dan tengkok yang patah.
Tapi yang tak seronok pastilah taukeh-taukeh kedai kereta. Kalau kereta dah tak laku, kuranglah wang dalam kantong seluar mereka, kenalah ikat perut sikit, tak lah boleh berhibur waktu malam lagi, pekerja-pekerja juga perlu dikurangkan, kesian...
Mereka yang punya keluarga besar juga susah nak beli kereta jika kedududkan kewangan mereka tak betul-betul mantap. Kenalah menaiki bas, LRT atau naik keretapi saja untuk perjalanana jauh. Susah....
Saya pro dgn peraturan baru ni. Baru la dpt elakkan org yg lari tak bayar loan. Kalau tidak, penjamin jugak yg susah.
ReplyDeleteErmm.. Zaman skarang kereta tu keperluan, necessity,
ReplyDeleteNak taknak kena Ada juga pada yang mampu bayar bulanan. Peraturan baru ni baik juga untuk ekonomi rumah tangga supaya tidak terjejas.
aku punya kete pun keluar bulan depan...ingat xnak beli tapi keje memerlukan aku untuk gerak sana sini banyak sgt,tu la terpaksa beli.... >_<
ReplyDeletesusahnye zman skrgg.. >_<
ReplyDeletesekarang....semua kena hutang kalau nak pakai kereta mewah huhuhu...
ReplyDelete