Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR
Pagi ni tiba-tiba aje JR teringat seorang rakan JR yang dah lama tak ketemu. Semasa sekolah dulu kawan JR ni terkenal dengan wajahnya yang sangat jelita. Namanya Noraini. Nama penuhnya bukan Noraini binti A****, tapi Noraini bin A****. Mengapa bin bukan binti? Ini kerana rakan JR yang jelita ni adalah seorang lelaki, bukan perempuan.
Noraini berkulit putih cerah bagai mat salih. Matanya kebiruan dan sedikit bercelak. Hidungnya mancung walaupun katanya dia berketurunan Melayu asli. Walaupun terkenal dengan wajahnya yang jelita, tapi suaranya dan pergerakannya memang menyerupai lelaki tulen
Kerana wajahnya yang jelita, malah lebih jelita dari budak-budak perempuan yang paling jelita di sekolah kami, cikgu pernah memberinya watak perempuan dalam satu drama yang dipentaskan di sekolah kami. Noraini memang minat berlakon dan biasanya dia diberi watak hero. Tapi bila Noraini diberi watak perempuan dia menghayati watak itu dengan begitu baik (kecuali suaranya) dan ramai yang memuji lakonannya dalam drama itu. Tapi lepas tu dia tak mau berlakon jadi perempuan lagi kerana katanya dia lelaki, walaupun wajahnya jelita, dia tetap lelaki dan nalurinya adalah naluri seorang lelaki.
JR sebenarnya teringat Noraini kerana baru saja lepas membaca satu berita mengenai seorang lelaki di New York bernama Andrej Pejic yang wajahnya sangat jelita menyerupai wanita. Kerana kejelitaannya, Andrej menjadi pilihan beberapa jenama fesyen terkenal dunia untuk memperagakan pakaian wanita.
Walaupun berwajah jelita, tapi lelaki berusia 20 tahun dari Bosnia itu menegaskan dia bukan pondan. Sebagai lelaki tulen dia berkata dia tidak akan melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia gembira dengan kehidupannya sebagai lelaki.
Andrej....lelaki jelita
Bagi membuktikan dia benar-benar lelaki, Andrej pernah mempamerkan bahagian atas tubuhnya:
Dan mengenai rakan JR yang jelita bernama Noraini itu, JR mendapat kabar dia seperti lelaki normal lain telah berkahwin. Anak-anaknya juga dengar kabar sangat comel. Maklumlah, ayah jelita, ibu jelita, anak pasti jelita....
wa..mmg cantek!
ReplyDeletehumm ehh ade jugak ehh muke laki mcm tu.. mesti dye cntik + hensem :)
ReplyDeletewaaa..setailo giler entry ni.
ReplyDeletetapi skrang ni slalu konpius mana yang laki,mana yang pompuan,mana yang half-half... >_<
erkkk =,="
ReplyDeletenoraini tuuu betul ke tidak? bolat dh tak dpat detect die ni ape.. adoyaii
Nasib baik dia normal walaupun nama dia noraini. Heheh.. yg bosnia tu memang jelita la. Jeles plak tgk.
ReplyDeleteberdosa menyerupai wanita walaupun untuk kerjaya..
ReplyDelete