Ni ke cara nak menyanjung Rasulullah? Perlu ke dibuat kempen serupa ni? Perlu ke? Nak menyanjung Rasulallah atau nak mengutuknya? Islam jenis apa ni?
Baca berita ni:
Kelab Taat Suami pagi ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.
Kelab Taat Suami
Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia, Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk "mengamalkan kehidupan Rasulullah".
(Sumber: Malaysian Insider)
JR: Jika nak hidup berpandukan "amalan kehidupan Rasulullah", mengapa hanya ditonjolkan tentang kehidupan berumah tangga Rasulullah, kehidupan berkeluarga Rasulullah?? Kemudian kehidupan berumah tangga dan kehidupan berkeluarga Rasulullah diputar belitkan pula mereka sebagai "kehidupan seks" Rasulullah, tak ada perkataan lain yang lebih tertib ke?
Mengapa tak dinobatkan Rasulullah sebagai "Tokoh Berkeluarga Islam" dan bukannya "Tokoh Seks Islam"? Mengapa perlu disebut tentang seks yang mungkin akan disalah takrif oleh orang bukan Islam?
Tak cerdik betul Kelab Taat Suami ni!! Jika pun anda mahu isteri mentaati suami, tak perlulah martabat Rasulullah diinjak-injak begitu.
Bagi JR kempen tak cerdik seperti ini tak perlu!!!
eee..ada ke kempen macam tu? setuju dengan jr...thanks atas nasihat hr tu..=)
ReplyDeletedorang ni takde lain ke nak dipikirkan...agak2 la ckit...haih!
ReplyDeleteTokoh ushawan Islam yang terbilang..
ReplyDeleteobjektif kempen ni maybe ada yang bagus..cuma tajuknya agak keterlaluan..pendapat saya.. http://alldiscrimination.wordpress.com/2012/01/26/rasullullah-tokoh-seks-suci-islam/?preview=true&preview_id=42&preview_nonce=2a565e5cd8
ReplyDelete