Salam pagi buat semua pembaca blog JR
Apa kabar korang pagi ni? Berbanding semalam, pagi ni JR rasa badan sangat sihat. Malam tadi entah mengapa badan JR rasa sangat letih. Mungkin terlebih exercise kot?? Itulah kadang-kadang exercise tak ukur baju di badan sendiri. Umur awak hari-hari bertambah, tapi awak tetap cuba berjoging mengikut rentak 10 tahun lepas. Lalu protes lah badan tu...
Lepas saja solat maghrib malam tadi rasa badan letih semacam. Macam tak sabar nak tunggu solat isyak dan lepas itu...zzzzzzzzzzzzz...
Masa solat isyak badan JR rasa macam bergoyang. Nak konsentret pada surah yang dibaca pun seperti tak mampu. Letih sangat, letih giler!!
Bila saja habis solat isyak, masuk bilik dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Bila terjaga dari tidur dah jam 5.20 pagi. Lamanya aku pengsan!!! Bukan 6-7 jam, tapi lebih kurang 8 jam aku pengsan dalam kenyenyakan. Puas!!!!
Inilah pertama kali rasanya dalam hidupku dapat tidur selama 8 jam, sebab biasanya tidur JR adalah cuma antara 4-5 jam sahaja...
haa.. mknanye JR dh dpat wktu tdur yg ckup =)
ReplyDeletesbb tu la bgun rse segar kan? bguslah