Hari ni pagi-pagi lagi jalan dah agak sesak di Alor Setar. Di Kuala Terengganu dan Kota Baru pun mungkin begitu juga hari ini. Almaklum, hari ini hari pertama persekolahan di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ibu bapa yang memanjakan anak secara berlebihan itu masing-masing menghantar anak menaiki kenderaan sendiri ke sekolah. Minggu depan pasti jalan dah kurang jem. Minggu ketiga biasanya baru back to normal...
Di KL, esok pasti jem teruk kerana sekolah akan mula dibuka esok. Begitu juga di bandar-bandar besar lain. Jika naik motor tak apalah, tapi jika naik kereta...urggggg, kadang-kadang hati menggelegak...
Apa korang buat bila menghadapi jalan jem teruk yang kadang-kadang puluhan minit atau berjam-jam masih tak sampai-sampai? Buka radio lepas tension, memandang kosong kenderaan di depan atau cuma berangan-angan tentang kisah-kisah silam?
Kawan JR di KL dulu mempunyai idea tersendiri jika menghadapi jem. Katanya dia selalu membawa roti kosong untuk disimpan dalam kereta. Bila jem dia akan mengeluarkan roti itu dan memakannya. Katanya tak perlu bawa kaya untuk disapu ke roti yang dibawanya itu, kerana dia sendiri bercita-cita nak jadi kaya. Tak perlu juga bawa jem untuk disapu ke roti kerana jalan dah memang jem!!!
Sesekali seronok juga buat joke di musim cuaca tak menentu ni.....
Ha3... tepat sekali jika bwa roti pun jem ada x leh gak nk sapu ...baik bwa kaya leh sapu .. ;D
ReplyDelete