Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR.
Pernahkah korang terfikir akan ada suatu hari di mana Malaysia menjadi negara paling popular di dunia? Yang selalu menjadi negara paling popular di dunia ialah Amerika Syarikat, UK, Iraq, Afghanistan dan Iran. Bukan senang sebenarnya untuk memujuk media antarabangsa melaporkan apa yang berlaku di negara tak popular seperti Maklaysia yang cuma sebesar tungau ini.
Tapi mengikut berita terbaru yang JR baca hari ini Malaysia menjadi tajuk utama berita di akhbar-akhbar seluruh dunia. Seluruh dunia, beb, hebatnya Malaysia!! Bukan saja berita mengenai Malaysia menjadi tajuk utama berita di Amerika dan UK tapi juga di negara-negara lain termasuk di Australia, Kenya, Afrika, India, China hingga ke Baitul Muqaddis, Israel.
Bangga tak korang bila nama Malaysia menjadi top list news dunia pada hari ini?
Baca selanjutnya:
Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.
Badan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.
Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.
Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".
Harian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.
Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.
Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.
Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.
(sumber: malaysiakini)

tak berani nak komen...lagipun tak sokong mana-mana pun...
ReplyDelete