Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Pagi-pagi ni nak mengumpat pasal artis sikit. Oops..bukan mengumpat, menasihat...
Ramai yang menyampah dengan kelakuan tak senonoh artis kita. Bukan semua tak senonoh tapi kerana nila setitik, habis kotor underwear sebelanga!! Kalau hang dah popular, hang jagalah penampilan diri sikit. Janganlah buat perkara-perkara over yang menarik perhatian orang. Janganlah juga kunjungi tempat-tempat yang orang tahu ustaz malu melaluinya. Bila dah pergi kelab malam kemudian menari aksi ghairah, kemudian ada tangan gatal ambik gambar pula, payah pula kau nak nafikan apa yang orang nampak...
Baca selanjutnya:
Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.
"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan. Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam. Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.
"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan. Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. (Sumber: mStaronline)
JR: Penjelasan Tasha tu kita terima aje la. Noktah. Janganlah berprasangka buruk dengan artis-artis kita yang sejak azali memang suka berkelakuan buruk tu. Jangan juga tuduh bukan-bukan kerana mungkin yang menari ghairah tu orang lain, kes pelanduk dua serupa?
Pepatah Melayu ada menyatakan kalau tak ada angin mana bisa pokok bergoyang. Lupakan pepatah itu kerana dalam kes Shilla mengapa kita tak mau berprasangka baik: mungkin pokok bergoyang bukan angkara angin, tapi pokok bergoyang kerana digoncang monyet miang?
erkk?? boleh prcaya ke? tgok penampilan pun sdahlah.. org dh tahu.. ~,~
ReplyDeleteklau x nk org berprasangka ubah la dri tuh.. bongok..
halaaaa....mana ada orang pegi kelab malam perangainya elok? Ada keeeeeee? Eeeeeeeeeee..menyampasss mak!
ReplyDelete