»

24 December 2011

Wanita Melayu Pendek Umur...Mengapa, Mengapa, Mengapa?

Salam pagi Sabtu untuk pembaca blog JR,

Ketika menulis ni JR baru balik dari joging. Tak ada catatan menarik ketika joging di Taman Rimba Alor Setar tu, kecuali majoriti yang berjoging tetaplah dari kaum Cina. Biasalah, orang Cina memang prihatin dengan kesihatan...

Bercakap mengenai kesihatan ni, tau ke korang wanita Melayu adalah golongan wanita yang paling pendek umur di Malaysia?

http://sitik.files.wordpress.com/2010/12/porous-bones19.jpg

Mengikut rekod Jabatan Perangkaan Malaysia,bagi tahun 2010, wanita Cina mempunyai purata jangka hayat kira-kira 79.8 tahun, wanita India pula purata 76.2 tahun, manakala wanita Melayu cuma 75.3 tahun.

Mengapa wanita Cina begitu panjang usianya dan wanita Melayu pula yang terpendek usianya? Nak tau sebabnya kenalah dibuat kajian.

Tapi dari pemerhatian JR, mengapa wanita Cina begitu panjang usianya mungkin kerana:

i) Mereka rajin bersenam. Kalau korang rajin perhatikan, seawal jam 6 pagi sudah ada mereka dari kaum Cina yang berjoging di pinggir jalan dan di trek joging. Sebahagian dari yang awal-awal pagi dah beriadah ialah wanita Cina yang usianya antara 60-80 tahun. JR perhatiakan mereka biasanya kelihatan berjalan secara berkumpulan. Bukan saja badan berpeluh tapi oksigen yang disedut ketika hari masih gelap itu masih belum dicemari oleh asap kenderaan. Itulah barangkali kot, wanita Cina lebih sihat berbanding wanita Melayu yang jika tak ada kerja lepas solat Subuh mereka tak buat banyak pergerakan atau ada yang tidur balik.

ii) Kebanyakan wanita Cina pandai menjaga pemakanan. Ini dari pemerhatian JR terhadap rakan-rakan Cina di tempat kerja yang kebanyakannya suka menghindari makanan berlemak serta tinggi kalori dan membanyakkan meminum air kosong yang mereka bawa dari rumah. Dan orang Melayu? Lihat sajalah berapa kilo lemak dan kolestrol yang kita ternak dalam tubuh kita di sepanjang musim kenduri nasi minyak di bulan November dan Disember ni..

iii) Sebab ketiga, keempat dan seterusnya...korang teka dan pikirlah sendiri. Mungkin juga salah satunya ialah kita orang Melayu tak dapat rehat yang cukup? Berapa orang antara kita yang tidur antara 7-8 jam seperti yang disyorkan? Atau cuma tidur 3-4 jam kerana sibuk melayan internet? Ahk..ahk..ahk..

Sibuk-sibuk JR berteori tentang mengapa wanita Melayu pendek umur, bagaimana pula dengan lelaki Melayu? Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, lelaki Cina adalah yang paling ramai panjang umur, diikuti lelaki Melayu dan India. Purata jangka hayat lelaki Cina ialah 74.4 tahun, lelaki Melayu 70.5 tahun, manakala lelaki  India cuma 68 tahun.

Wanita Melayu lebih panjang umur dari lelaki Melayu? Mengapa pula?????

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....