»

03 December 2011

Sifir Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam 2012 (SBPA)

Salam malam hujung minggu buat semua pembaca blog JR.

Hari ini JR menghadiri beberapa majlis kenduri kahwin di sekitar Kedah. Sampai kini perut masih kekenyangan akibat mulut disumbat pelbagai jenis makanan sejak tengahari dan petang. Ketika ramai-ramai di majlis kenduri, sambil makan sambil mulut bercerita. Ceritanya pula macam-macam dari cerita Perhimpunan Agung Umno 2011 yang melucukan hingga ramalan dan sifir gaji baru kakitangan   awam.

Gaji baru kakitangan awam? Jika korang kakitangan awam atau korang anak kakitangan awam, tentu masing-masing tertunggu-tunggu berapa jumlah kenaikan gaji baru yang akan mereka perolehi nanti. Berapa jumlah gaji yang akan naik: RM200, RM300, RM500, RM1,000, RM2,000? Tentu ramai yang tertunggu-tunggu berapa jumlah kenaikan kerana ramai yang sudah memasang angan-angan untuk membeli kereta baru, TV  40" baru, karpet baru,  malah mungkin isteri baru!!

Bagi yang masih tertunggu-tunggu sifir gaji baru, mereka boleh melihat pekeliling terbaru Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 2 Disember 2012 mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA):

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - SBPA

Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya

Bagi mereka yang bekerja dengan sektor swasta atau anak kepada pekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri, di harap ada berita baik untuk korang atau keluarga korang pada tahun 2012....


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....