»

18 December 2011

Sekolah Seks Sumbang Mahram Ke Ni??

Kata orang kalau nak lawak, jangan sebarang lawak!! Kerana bukan semua perkara boleh dibuat lawak. Ada lawak boleh buat orang pecah perut, tapi ada lawak boleh buat orang pecah kepala. Jadi moral cerita yang JR nak sampaikan di petang ni ialah kalau nak buat lawak pun kena berhati-hati.

Seperti yang dilaporkan berlaku semalam di sebuah sekolah di Mineapolis, Minnesota, Amerika Syarikat: kakitangan Sekolah Tinggi Rosemount cuba membiuat satu jenaka yang bagi mereka akan diingati oleh pelajar-pelajar mereka. Caranya ialah dengan menutup mata pelajar-pelajar itu dan kemudian memeberitahu mereka akan diciumi oleh "seseorang yang istimewa". Pelajar lelaki dan perempuan yang menyangka mereka akan diciumi oleh rakan wanita atau rakan lelaki mereka telah mencium dengan penuh bernafsu pasangan masing-masing..

Selepas mata dibuka, pelajar-pelajar tersebut diminta meneka siapakah yang mereka ciumi dengan penuh hangat dan bernafsu itu. 

Alangkah terkejutnya mereka bila mengetahui yang menjadi pasangan menciumi mereka adalah ibu bapa mereka sendiri: bapa berciuman dengan anak gadisnya manakala ibu berciuman dengan anak lelakinya. Yang memalukan, bukannya cium pipi tapi bercium mulut, malah ada yang dengan penuh bernafsu meletakkan tangan di tempat yang tak sepatutnya diletakkan kerana menyangka itu adalah teman lelaki atau teman perempuan mereka.

 http://www.whatsontianjin.com/news_images/858338kissing_prank_1.jpg
Anak berkucupan dengan ibu, ayah berkucupan dengan anak gadisnya...

 http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/12/15/article-2074724-0F313F7900000578-628_468x286.jpg
 Sumbang mahram pun dibuat lawak...

Akibat acara lawak bodoh tu, pengetua sekolah tinggi berkenaan, John Wollersheim, terpaksa meminta maaf dan menyatrakan ia tak akan berulang lagi.

Begitulah masyarakat Barat yang telah runtuh akhlaknya, sumbang muhram pun nak dibuat lawak. Harap lawak bodoh seperti ini tak berlaku di Malaysia.

2 comments:

  1. xlame dah dunia ni....dunia semakin usang, kiamat semakin menghampiri

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....