»

04 December 2011

Melayu Bangsat, Melayu Bangsat!!

JR bukan minat sangat dengan politik.Sebab tu bila ada mak bapa, datuk nenek atau saudara mara terbeliak biji mata tengok TV siaran langsung Perhimpunan Agung Umno, JR tak ambil pot pun. Apa butir yang dibincangkan dan dijerit-jeritkan oleh mereka dalam TV macam terkena polong sampai macam nak terkeluar biji halkum tu pun JR tak kisah.

Tapi pagi ni bila lalu depan kedai mamak dan JR ternampak akhbar dengan tajuk ni, JR terpesona juga untuk tau apa isinya:




 



Bangsat..siapa yang bangsat? Lalu JR merangkak-rangkak membaca kisah siapa yang "bangsat" tu:


KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu  menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendokong perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya.

Jadi begitulah ya: jangan memilih pembangkang dalam pilihanraya akan datang bagi mengelakkan Melayu menjadi bangsa bangsat. Untuk mengelakkan Melayu menjadi bangsa bangsat pilihlah kerajaan sedia ada.

Tapi pada pandangan JR, Melayu tak perlu tunggu selepas pilihanraya umum tahun depan  untuk menjadi bangsa bangsat, sebab sekarang pun orang bukan Melayu dah nampak Melayu sebagai bangsa bangsat:

i)  Bangsa manakah yang paling ramai menjadi penagih dadah, jika bukan orang Melayu?
ii)  Bangsa manakah yang paling ramai membuang bayi tepi jalan, dalam tong sampah, tepi surau, jika bukan orang Melayu?
iii) Bangsa manakah yang paling ramai menjadi mat rempit, jika bukan orang Melayu?
iv) Bangsa manakah yang paling ramai terlibat dalam kes perceraian, jika bukan orang Melayu?
v)  Bangsa manakah yang paling ramai menjadi perogol dan mangsa rogol, jika bukan orang Melayu?
vi)  Bangsa manakah yang paling ramai menjadi peragut, jika bukan orang Melayu?
vii)  Bangsa manakah yang paling ramai menjadi pencuri dan penyamun, jika bukan orang Melayu?
viii)  Bangsa manakah yang paling ramai menjadi peminta sedekah di negara Malaysia yang kaya-raya ini, jika bukan orang Melayu?

Jika Melayu bukan bangsa bangsat mengapa mereka menjadi 'juara' dalam semua hal-hal negatif?  Jika Melayu bukan bangsa bangsat mengapa ramai Melayu yang menjadi kuli di kedai, bengkel dan perusahaan milik bukan-Melayu? Pernahkah tengok orang Cina bekerja menjadi kuli kepada orang Melayu??

Jadi tanpa tukar pemerintahanpun orang Melayu memang dah lama bangsat di negaranya sendiri. Mereka bangsat kerana pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang memerintah negara sejak dulu  tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan Melayu dari zaman bangsat. Mereka lebih mementingkan kuasa dan kekayaan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan sehingga agenda membela Melayu terlupa diberi fokus. Lalu kekallah Melayu menjadi bangsa bangsat seperti yang Perdana Menteri kita kata.

Bilakah agaknya orang Melayu akan keluar dari zaman bangsat yang sudah setengah abad membelenggu mereka ini? Orang Melayu hanya akan keluar dari zaman bangsat jika ada pemimpin Melayu yang tinggi imannya seperti Nabi Muhammad s.a.w yang meniupkan reformasi dan transformasi hingga berjaya menukar bangsa nomad dan jahiliyah Arab menjadi satu bangsa yang maju dan bertamadun...
  

1 comment:

  1. Menteri Kesihatan pun asyik cina yg pegang....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....