»

09 December 2011

Kisah Lelaki Ayu Yang Digilai Ramai Lelaki



Cuba korang lihat gadis di bawah ni. Tak..tak..dia bukan isteri JR, bukan juga adik atau kakak ipar JR. Nama gadis ni Michalina Manios, berusia 22 tahun dari Poland.
http://data.whicdn.com/images/17823807/ca139c3a6c7ad609c65244b18df72513,12,1_large.jpg
Cantik kan?
Kerana kecantikan dan pakej menarik yang ada padanya, Machalina digilai ramai lelaki, malah berjaya meletakkan dirinya antara tiga peserta terakhir Poland's Next Top Model. Kerana keayuannya juga wajahnya banyak terpampang dalam majalah fesyen Poland.
 http://m.onet.pl/_m/20d2d17eca0df452fdbad8fdb74004d2,0,1.jpg


Tapi Michalina memeranjatkan  hakim pertandingan apabila mengakui bahawa dia sebenarnya adalah lelaki
yang telah menjalani satu pembedahan penukaran jantina kepada wanita empat tahun lalu. Selepas pembedahan itu,  Machalina memulakan kehidupan baru sebagai wanita.

"Saya dilahirkan sebagai seorang lelaki, doktor yang memeriksa saya juga  menganggap saya adalah lelaki kerana saya mempunyai alat kelamin lelaki," katanya.
 
http://i.okezone.com/content/2011/09/12/214/501510/VYUpzwyJZZ.jpg
 
"Namun saya membesar dengan naluri wanita dan bukannya lelaki dan akhirnya empat tahun lalu saya menjalani pembedahan untuk membuang alat kelamin  lelaki dan menukar nama saya."

Malangnya pengakuan berani Machalina itu telah menyebabkan ramai penonton TV di Poland yang dulu menyokongnya tapi kini mengundi menentangnya. 

Cuba teka:  golongan lelaki atau wanita yang dulu menyokong tapi kini tiba-tiba menentangnya? 

Sumber berita: The Sun

2 comments:

  1. suka benar tukar jantina..adehhhh dunia3

    ReplyDelete
  2. Woofer: Mereka manusia yg tak bersyukur dgn penberian Illahi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....