»

28 December 2011

Hari Ini Aku Salah Semua

Hari ni JR kurang sihat. Nak tulis pun rasa malas. Mata rasa seperti berbinar, hidung sumbat, tekak sakit, badan seram sejuk dan lemah. Bila selsema, semua sistem jadi tak betul, semuanya salah...salah semua!!

Bila selsema macam ni, teringat seorang cikgu JR semasa Tingkatan 1 dulu. Cikgu tu beritau, Bahasa Melayu penuh dengan singkatan. Banyak perkataan yang ada sekarang sebenarnya singkatan dari kombinasi beberapa perkataan. Misalnya perkataan  'selsema' berasal dari kombinasi perkataan 'salah' & 'semua'. Maklumlah bila selsema memang rasa badan salah semua: mata rasa seperti berbinar, hidung sumbat, tekak sakit, badan seram sejuk dan lemah, semuanya salah!! Bila dua perkataan 'salah' dan 'semua' digabungkan jadilah 'selsema'.

Satu lagi perkataan hasil gabungan dua perkataan ialah 'senapang'. Mengikut cikgu JR tu, 'senapang' berasal dari kombinasi dua perkataan: 'senam' dan 'pang!!'.  Bila seseorang menekan punat untuk menembak, ia merupakan gerakan seperti bersenam dan selepas itu keluarlah bunyi tembakan 'pang!', lalu jadilah 'senapang'.

Ada lagi beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu yang dihasilkan dari kombinasi beberapa perkataan, tapi JR dah tak ingat. Nak  tanya cikgu itu, JR tak pasti dia berada di mana kini...

Apapun, Bahasa Melayu memang unik dan kaya dengan kepelbagaiannya...

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....