»

10 December 2011

Fakta Mengejutkan Tentang Gerhana Bulan Malam Ni..Mesti Baca!!


Salam tengahari yang hangat daripada JR,
Tentu korang tau malam ni bakal berlaku satu fenomena yang ramai orang di planet bumi ni tertunggu-tunggu kehadirannya. JR dan keluarga juga tak sabar-sabar menunggu ketibaannya, kerana ia bukan selalu berlaku.
Malam ni, 10 Disember 2011, kita akan dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang jarang-jarang berlaku. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lalu, tapi ramai yang terlepas menyaksikannya kerana waktu itu kita sudah tidur. Tidak seperti gerhana lepas yang  berlaku lewat tengah malam sehingga  matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini berlaku lebih awal, sebelum JR dan korang masuk tidur, tu yang best nya!! Fasa gerhana kali ni akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam. 
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.  Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDT41Z-l2Ts2FU3x8j3P_ry8FL-OKDzPPgKJjp56pdSBgeoHbmXIYYTgXK6bLzL0Xpvje76IfeeBwA8uAeOpKUkIQzVdlycGYC2JO1wI8_yPmm4_Z87WgR5XUkjdfn4D1c02-7jP8yCL0/s1600/eclipse.jpg

FAKTA-FAKTA MENARIK DAN MENGEJUTKAN (BAGI YANG BELUM TAHU) MENGENAI FENOMENA GERHANA BULAN MALAM NI:
I) Jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat (10.05  malam hingga 10.57 malam). 

2) Jika korang terlepas gerhana kali ni, korang terpaksa menunggu 3 tahun lagi untuk menyaksikan gerhana bulan pada 10 Okt 2014 tapi itupun korang hanya dapat lihat separuh sahaja...dan satu lagi: itupun jika korang masih wujud di dunia ni ketilka itu!!

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan gerhana bulan penuh malam nanti.
3) Tidak seperti gerhana matahari yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, gerhana bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di bumi yang mengalami waktu malam.
4) Gerhana bulan penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari).
5)  Gerhana bulan boleh berlaku sehingga maksimum 3 kali setahun. Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa beberapa tahun. Tapi gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat dilihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat di seluruh dunia yang mengalami waktu malam.

6) Ketika gerhana bulan, bulan akan bertukar warna dalam satu spektra yang unik :kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi, kemudian kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya). 


7)   Jika di bumi kita mengalami gerhana bulan, pada ketika yang sama bulan sedang mengalami gerhana matahari pula!


(Sumber info: Sedakasejahtera.com, kosmo & pelbagai sumber info lain)

2 comments:

  1. memang cantik gerhana bulan tapi tak pernah tengok live

    ReplyDelete
  2. memang menarik..tapi tak dapat tengok jugak..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....