»

17 December 2011

Fatwa Ulamak: Wanita BERDOSA Jika Pegang Timun dan Pisang

 
Salam pagi Sabtu daripada JR buat semua pembaca blog JR,

JR harap pagi ini merupakan pagi yang ceria untuk korang. Apa sarapan korang pagi ni? Makan nasi lemak tentu sedap, campuran sambal ikan bilis, telur dan timun sangat menyelerakan.   

Timun? Bagi mereka yang bergelar wanita, awas...jangan pegang timun, kerana pegang timun berdosa, tau?? Bukan saja timun, pegang pisang pun berdosa!!

Wanita pegang timun dan pisang berdosa? Memang JR terkejut beruk membaca satu fatwa yang amat-amat-amat mengejutkan yang dikeluarkan oleh seorang ulama yang tinggal di Eropah. Ulamak tersebut mengeluarkan fatwa yang melarang kaum wanita daripada menyentuh semua buah-buahan yang menyerupai alat sulit lelaki seperti pisang, timun, lobak, terung dan lain-lain yang serupa dengannya.



http://3.bp.blogspot.com/_VY8ajIdLqqU/S1DAZ9VlOyI/AAAAAAAAEyA/Ws5p-AUc4vY/s400/bananas1.jpg

Larangan tersebut katanya bagi mengelakkan imaginasi wanita terhadap seks apabila menyentuh sesuatu yang menyerupai alat sulit lelaki. Beliau juga menasihatkan para suami membantu kaum wanita yang gemarkan makan pisang atau timun untuk memotongnya secara kecil-kecilan di tempat tersorok sebelum memberikannya kepada para isteri.


Apabila ditanya bagaimana dengan wanita yang terpaksa keluar membeli belah dan perlu membeli semua buah-buahan tersebut dan terpaksa menyentuhnya, jawapan ulamak itu ialah 'terpulang antara wanita tersebut dengan Tuhan'.


Kenyataan ulamak tersebut amat megejutkan mereka yang membaca fatwa itu dan ramai yang mengkritiknya. Seorang pembaca menyatakan dia telah memberi nama buruk kepada Islam, manakala seorang lagi menyatakan ulamak itu mungkin terancat akal!



JR hairan bagaimana seorang ulamak yang tinggi pengetahuan agamannya berfikiran sebegitu negatif dan naif? Patutlah ada yang menggelarnya ulamak terencat akal!! Mengapa dalam fikiran ulamak itu apabila wanita memegang buah-buahan seperti itu mereka sentiasa mengaitkannya dengan alat sulit lelaki? Tak ada benda lain nak fikir ke dalam dunia ni: seks, seks dan seks hingga buah pun nampak macam seperti alat kelamin? Apakah memang benar kebanyakan wanita sentiasa berfikir tentang seks atau ulamak itu sendiri yang sering mengkhayalkan seks hingga pisang dan timun pun dia nampak seperti alat sulitnya?

Kepada kaum wanita yang sedang membaca blog ini, Soalan ikhlas JR: pernahkah korang membayangkan sesuatu yang "lain" bila menyentuh timun dan pisang?

1 comment:

  1. salam..
    ni first time baca blog JR.mcm best la pulak:)
    sy x setuju sama skali dgn apa yg dinyatakan oleh ulamak tu..klu ada pun pompuan yg mcm tu,mungkin 1 dlm 1000 kot..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....