Salam pagi Sabtu untuk semua pembaca blog JR.
Korang sedang buat apa tu? Dah sarapan pagi ke? Kalau korang makan di rumah, siapa yang sediakan sarapan? Jika lelaki yang dah kahwin, kalau makan di rumah, pasti isteri yang sediakan sarapan, kan? Kalau yang belum kahwin, jika makan di rumah, pasti mak atau kakak yang sediakan, kan?
Pagi ni JR nak bawa berita baik untuk semua wanita, termasuk isteri korang atau mak, kakak, adik perempuan atau jika pembaca blog ini adalah wanita, ia juga berita baik untuk korang. Berita baik untuk semua wanita Malaysia!!
Berita baiknya ialah semua isteri yang dimadukan di Malaysia (tak kira madu nombor 1, 2, 3 atau 4) mulai sekarang layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebulan. Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, setiap isterinya dari nombor 1 hingga 4 layak mendapat bantuan RM500 setiap seorang walaupun mereka tidak mempunyai anak. Bagaimanapun suami itu sendiri tak layak mendapat bantuan RM500 tu walaupun pendapatannya di bawah RM3,000 sebulan. Padan muka si-suami, isteri dapat suami tak dapat!! Tapi jika suami nak, kenalah dia pandai pujuk isteri-isterinya supaya beri kat dia duit tu sikit...
untungnya bermadu empat....
Berita baik yang JR sampaikan itu adalah berdasarkan pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengenai BR1M di Bachok, Kelantan semalam.
“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.
Bertuahnya wanita yang bermadu, kan...dapat RM500 seorang. Jika korang wanita yang dah berkahwin, tak teringin membenarkan suami bermadu ke?


daripada tak beri langsung?nak tunggu pakatan,tunggu janji palsu je..hahaa
ReplyDeletekaki putar belit,biasalah mnusia tak reti nak bersyukur,kata apalah sangat dengan rm500,tapi ambil juga..normal orang hipokrit ni..
Salam. Tu gambar aya bersama rakan-rakan. Mana dapat nie? Tolong keluarkan sebelum ada pihak yang marah.
ReplyDeleteSaya mohon gambar saya dan rakan-rakan in dikeluarkan kerana ini mengaibkan walhal itu hanya saya dan rakan-rakan! Jika tidak, mungkin kami terpaksa lapor kepada yang berkenaan kerana menggunakan gambar tanpa kebenaran dan mengaibkan orang lain!
ReplyDeleteSaya memohon maaf kerana gambar hiasan ini telah dilihat sebaliknya.
ReplyDeleteSaya juga memohon maaf kerana komen anda sebelum ini tidak saya sedari kehadirannya hingga 5 minit tadi.
Maafkan saya.
Terima kasih di atas usaha
ReplyDelete