Salam tengahari Sabtu yang hangat buat semua pembaca blog JR.
Hari ni hari Sabtu, tapi JR nak tanya korang kalau hari Isnin hingga Khamis waktu antara jam 2-3 petang, korang buat apa? Bagi yang bekerja ofis atau jika masih belajar, tentu mereka sibuk di tempat kerja atau di dalam kelas ketika itu.
Tapi jika korang suri rumah atau yang bekerja sendiri, mereka pasti suka sinetron di TV3 ni:

Pelakon utama sinetron 'Putri Yang Ditukar' ini ialah Nikita Willy yang melakonkan watak Amira gadis anak orang kaya yang ketika lahir bertukar dengan anak orang biasa. Nikita ketika ini baru sahaja menjangkau 17 tahun. Walaupun masih sangat muda tapi Nikita sering menjadi rebutan penerbit sinetron. Sehingga kini, dia sudah membintangi lebih daripada 20 buah sinetron.

Selain dikenali sebagai seorang pelakon yang cukup popular di Indonesia, Nikita juga dikatakan sebagai artis sinetron yang menerima bayaran termahal di Indonesia sehingga mengalahkan pelakon yang lebih senior seperti Luna Maya.

"Saya sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia lapan tahun dan bidang ini sudah menjadi sebahagian dalam diri saya. Namun, segala pencapaian yang diperoleh itu langsung tidak pernah membuat saya menjadi leka. Kalau saya mahu terus maju sudah tentu saya perlu terus fokus berusaha dengan lebih keras lagi,” ujarnya ketika ditemu bual di Kuala Lumpur oleh Kosmo baru-baru ini.
Walaupun kini dia menjadi pelakon dan penyanyi yang paling kaya di Indonesia, namun dia tidak pernah melupakan cita-citanya ketika kecil dahulu untuk menjadi doktor.
“Pelajaran masih lagi tetap menjadi keutamaan dan tidak sukar untuk saya membahagikan masa antara berlakon dan belajar. Lagipun dalam tempoh seminggu saya cuma hadir ke sekolah selama tiga hari sahaja iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kini saya baharu sahaja tamat sekolah menengah dan dapat menumpukan sepenuhnya dalam lakonan,” ujarnya.
“Sebenarnya sudah lama saya menanam impian untuk menjadi seorang doktor. Malah, saya sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Indonesia dalam bidang kedoktoran tidak lama lagi,” ujarnya.
(Sumber info: kosmoonline)


Adik pompuan selalu la tgk cerita nie. Kayanya dia ye, isk3...
ReplyDeletejarang2 jer boleh tgok cter nie..hehehe...bru usia mcm tu dh dpt byk byran utk berlakon...
ReplyDeleteBudak Botak: Harap2 adik pompuan BB boleh kaya spt dia juga satu hari nanti..
ReplyDeleteEzzu: Jarang2 tengok tak per, bila selalu tengok ketagih nak tengok ari2...
ReplyDeletediana: Baguslah jika tak tengok TV..Lebih baik tengok keluarga dari TV kan?
ReplyDeleteSalam JR. Thanx cez sudi comment blog saye :), dan thx for the info =)
ReplyDelete