Macam cerita kartun, tapi itulah yang sebenar-benarnya berlaku - duit jatuh dari langit!! Yang beruntungnya, kejadian duit jatuh dari langit ini bukan berlaku di luar negara, tapi ia berlaku di sebuah taman perumahan di Malaysia. Dan ia berlaku dua hari berturut-turut. Aneh kan? Agaknya ramailah juga penduduk taman itu yang jadi 'kaya' kerana dapat duit yang jatuh dari langit selama dua hari itu. Sekurang-kurangnya boleh bubuh duit minyak motor dan kereta, beli kredit henset atau belanja keluarga makan di restoran mamak.
Sapa yang teringin nak kutip duit pergilah ke taman itu. Tapi bagi yang tinggal jauh macam JR ni kalau pi pun mungkin tak baloi la, sebab duit tambang kenderaan ke Taman Kledang agaknya lebih mahal daripada duit yang nak dikutip dari langit tu....
Baca seterusnya berita pelik tapi benar ini yang JR kutip dari myMetro:
SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.
Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.
Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.
Aku sdg brsiap siaga nak ke Sg Siput nie, bawa dulang lagi nak g tadah duit dr langit tu...untung2 bleh beli handset baru..hahahaha
ReplyDeleteJom serbu Sg Siput, ntah2 tu duit Samy Vellu yg dia dpt drpd duit lembu Shahrizat menteri wanita yg mnghabiskan duit rakyat tu tak????
ReplyDeletenasib bek x jatuh note RM50 ke. klu x kaya la org yg jmpa:)
ReplyDeleteTolong komen banyak-banyak di "Contest Gadget Impian…"
duit syiling je ? agak agak duit kertas ada tak <--tamak gila
ReplyDeletehaha
semutapi: Lawak..lawak..
ReplyDeletepembunuhiblis: Saya tak boleh serbu, rumah jauh dr Sg siput.
ReplyDeleteMyra Jay: Klau jatuh not RM50 tentu Sg Siput dah jem teruk!!
ReplyDeletefarahroslan: Duit siling saja yg jatuh di Sg siput, duit kertas mungkin akan turun di tempat lain, mungkin di Melaka atau Kuantan....
ReplyDeleteni dah kira kes x-files dah ni..hehe sehari dapat cekau 200 keping 50 sen dah kaya dah sebulan hehe
ReplyDelete