»

17 November 2011

Bola Sukan Sea: Malaysia Tewaskan Indonesia 1-0...Tahniah, Tahniah!!


Bermain di gelanggang keramat Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tidak diberi harapan tinggi untuk menang. Paling-paling, ramai yang meramalkan Malaysia cuma akan seri 0-0 atau 1-1 dengan Indonesia. Apa lagi sejak awal sudah kelihatan dalam stadium sepanduk anti-Malaysia "Ganyang Malaysia", malah kelihatan ramai penonton yang seperti mempersendakan lagu kebangsaan Negaraku, tapi serangan psikologi penyokong Indonesia itu  nampaknya tak mematahkan semangat pasukan bawah 23 tahun Malaysia berhadapan tuan rumah, Indonesia.

Dan hasilnya...Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Shahrul Azwari Ibrahim pada minit ke 17 di separuh masa pertama.

JR nampak peluang Malaysia untuk menambah koleksi gol memang sungguh banyak. Barisan hadapan Malaysia terutamanya Izzaq Faris diumpan dengan  begitu banyak peluang tapi ia gagal diterjemahkan menjadi gol.

Indonesia menguasai sepenuhnya separuh masa pertama, tapi permainan lebih seimbang pada separuh masa kedua. Jurulatih Ong Kim Swee pula diarah meninggalkan bangku pemain akibat protes terhadap kekasaran yang dilakukan pemain Indonesia kepada pemain Malaysia di separuh masa kedua tapi ia tak menjadi halangan buat pemain negara meneruskan aksi mantap hingga membuatkan pemain Indonesia seperti hilang punca. Dan akhirnya barisan pemain muda Malaysia  berjaya mencipta sejarah tersendiri walaupun berhadapan dengan lebih 75 ribu penyokong fanatik negara itu apabila dapat mengekalkan kedudukan 1-0 hingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil dari UEA.

Syabas dan tahniah pasukan Malaysia yang berjaya menjadi juara kumpulan dan menutup terus mulut penyokong fanatik Indonesia!! Semoga laluan ke akhir akan dilalui dengan lebih mudah selepas menemui Myanmar nanti. Apapun, sekali lagi tahniah Malaysia!!!

1 comment:

  1. tahniah harimau mkn garuda, yeah!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....