Secara jujurnya inilah kali pertama JR mendengar istilah "wanita mati putik". Memang malu nak mengaku kadang-kadang tercicir ilmu, tapi itulah hakikatnya, hari ini baru JR dengar istilah "wanita mati putik". Bagi korang kaum wanita pasti pernah mendengarnya, tapi bagi lelaki mungkin seperti JR, inilah baru kali pertama mendengar istilah itu. Jadi pagi ini JR nak berkongsi maklumat mengenai masalah "mati putik" yang hanya menyerang wanita di mana JR percaya info ini bukan saja berfaedah untuk wanita tapi juga lelaki yang sudah ada wanita di sisinya atau yang bakal bergelar suami.
Apa itu "mati putik"? Mati putik ini adalah sama dengan "mati pucuk" yang dialami oleh lelaki. Mengikut pakar seksologi, Dr Mohd Ismail Thamby, mati putik atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat golongan wanita apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Apabila tiada lagi perasaan ghairah terbit dalam diri, ia akan mengganggu kelancaran peredaran darah ke bahagian sulit wanita yang mengakibatkan hubungan intim dengan suami menjadi tidak seronok yang jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan pasangan berkenaan bercerai.
Mengikut Dr Ismail, salah satu punca wanita mengalami mati putik ialah kerana terlalu kerap melakukan onani semasa mereka masih muda. "Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang dihajati," sambung Dr Ismail.
Mengenai masalah wanita yang beronani ini, Dr Ismail menjelaskan, "Masyarakat mungkin ingat hanya lelaki yang melakukan onani. Tetapi wanita juga beronani dan cara mereka berbeza daripada lelaki. Perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa seronok dan tanpa disedari mereka akhirnya akan beronani," katanya.
Jika korang ingin maklumat selanjutnya mengenai masalah wanita mati putik ini, korang boleh mendapatkan info mengenainya di sini.....
Dan bagi korang yang pernah melakukan onani, tak kira lelaki atau perempuan, cubalah menghentikan tabiat ini. Ini kerana onani adalah tabiat yang tidak baik yang boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki dan mati putik bagi wanita. Bila sudah mati pucuk dan mati putik, wang berjuta pun tidak berguna lagi apabila kepuasan dan kebahagiaan sudah terbang meninggalkan kita...
Sepatah kata Datuk Ustaz Mohd Daud Che Ngah, "Allah telah mencipta manusia itu berpasangan dan sekiranya mereka berkeinginan untuk mencapai kepuasan seksual, mereka perlu melakukannya bersama pasangan masing-masing (suami/isteri). Mencapai kepuasan secara bersendirian dengan beronani bukan satu pilihan tepat, malah ia tak dibenarkan dalam Islam. Ada pendapat mengatakan onani boleh dilakukan bagi mengelakkan zina, tetapi ia tetap jatuh haram buat seseorang yang melakukannya".
Harap info ini berguna untuk korang....
perempuan pun boleh mati putik?? hmmm... info terbaru ni bang JR... memang menambahkan ilmu....
ReplyDeletebang JR memang baguslah... banyak ilmu baru boleh dapat dari bang JR ni...
p/s : sedar sendiri perenggan terakhir tu... siapa yang tak sedar apa boleh buat...
tak kira lelaki atau perempuan...
Pendekar Berkuda: Bagi sesiapa yang tak tahan berkahwinlah kerana dlm Islam sudah disediakan saluran yg sah utk mengecapi kepuasan...
ReplyDeletebaru tahu :)
ReplyDeletenice sharing, ingat laki je ada mati pucuk. pompuan mati putik lak
saya sebgai perempuan baru thu.. huahua..
ReplyDeletesy sg pmpn bru taw psl benda ni...haish..haha
ReplyDeleteMati putik disebabkan gangguan urat saraf dimana pengaliran darah ke faraj terutama biji kelentit terganggu menyebabkan kelentit tidak menegang.
ReplyDeleteWalaupun kelentit dirangsang, ia tetap kendur dan tiada rasa ghairah menyebabkan wanita itu sukar klimak dan kurang berminat pada sex.
Banyak faktor yg mempengaruhi mati putik dikalangan wanita terutamanya terlalu letih bekerja, penyakit2 faraj dan juga wanita yg kerap melancap menyebabkan urat saraf di kelentit rosak.