Awas...mereka kata dalam botol ini ada toyol...
Alhamdulillah, gangguan sementara kepada sistem komputer JR sudah berakhir. Kini JR boleh menulis semula tanpa gangguan, alhamdulillah...
Sesuai dengan tradisi orang Melayu yang suka bercerita hantu di waktu malam, malam ni JR nak membuka cerita mengenai tiga spesis hantu bergelar toyol yang berjaya ditangkap oleh tiga sahabat dan kemudian dibawa ke balai polis. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, tapi di Indonesia pada dua hari lalu. Di Nganjuk, Jawa Timur tiga sosok toyol telah berjaya ditangkap oleh dua orang sahabat di bawah sepohon mangga. Penangkapan itu dibuat selepas banyak aduan diterima mengenai kehilangan wang di Desa Banaran, Kecamatan Kertosono, Kabupaten Nganjuk. Penangkapan tiga toyol itu dilakukan oleh Didik Dwianto (36 tahun) dan Ibnu April Priyono (50).
"Ritual penangkapan toyol itu dilakukan pada waktu tengah malam," ujar Ibnu. Didik memasang sebuah besen mandi yang diisi air dan memasukkan tiga ekor ketam di dalamnya. Besen mandi yang berisi ketam itu kemudian diletakkan di bawah sepohon mangga.
Kata Ibnu, kira-kira 30 menit kemudian tiba-tiba mereka melihat tiga kilatan cahaya dari pohon mangga menuju ke arah besen yang berisi ketam.
"Tepat pukul 12.10 pagi, Didik berlari ke arah besen yang berisi ketam itu dan terus memasukkan kilatan cahaya itu ke dalam botol. Kilatan cahaya itu ternyata adalah toyol, dua berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam," terangnya.
Kata Ibnu, kira-kira 30 menit kemudian tiba-tiba mereka melihat tiga kilatan cahaya dari pohon mangga menuju ke arah besen yang berisi ketam.
"Tepat pukul 12.10 pagi, Didik berlari ke arah besen yang berisi ketam itu dan terus memasukkan kilatan cahaya itu ke dalam botol. Kilatan cahaya itu ternyata adalah toyol, dua berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam," terangnya.
"Tengah malam nanti sebenarnya kami bercadang nak menghanyutkan botol-botol itu ke Sungai Brantas. Tetapi kerana ramai sangat orang berpusu-pusu hendak melihat sendiri toyol itu dan takut sesuatu tak diingini berlaku, akhirnya botol-botol itu di bawa ke balai polis" kata Didik.
JR: Lebih baik jadi orang biasa dengan titik peluh sendiri, daripada jadi orang kaya dengan wang bantuan setan...
(Sumber info: berita2.com)
(Sumber info: berita2.com)
adeiiii, kerana nak kaya manusia sanggup bersahabat dgn setan...
ReplyDeleteEntry terbaru -> Veschopper Motorsikal Keluaran Terbaru Kat Dunia... (",)
harap polis tu mahir menghapuskan setan~setan tu..kalau tak payah nanti..
ReplyDeletejom singgah di blog saveq..
http://saveq.blogspot.com/2011/08/santaiku-di-rumah-anak-yatim-arroudah.html