Petang ini JR nak menceritakan satu kisah di zaman Nabi yang barangkali korang pernah mendengarnya. Untuk korang yang pernah mendengarnya, diharap tak rugi untuk mendengarnya lagi buat kesekian kalinya....
Ceritanya begini:
Seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Abu Hurairah RA pernah diamanahkan oleh Nabi untuk menjaga sejumlah gandum hasil zakat. Tiba-tiba di malam hari, ada lelaki yang mencuri gandum itu dan pencuri itu berjaya ditangkap oleh Abu Hurairah RA.
"Kamu akan kubawa kepada Nabi s.a.w," kata Abu Hurairah kepada pencuri itu. Namun, pencuri itu menyatakan sudah seminggu anak dan isterinya tidak makan. Abu Hurairah yang kasihan akhirnya melepaskan pencuri itu dan memintanya agar tidak mencuri lagi.
Esoknya selesai solat Subuh, sebelum sempat melaporkan peristiwa malam tadi kepada Nabi, tiba-tiba Abu Hurairah ditanya oleh Nabi, "Apa yang kamu lakukan terhadap orang yang kamu tangkap malam tadi?" Abu Hurairah kemudian menjelaskan apa yang terjadi. "Ingat, nanti malam dia akan datang lagi," kata Nabi.
Benar, malam kedua pencuri itu datang lagi. Dan, setelah mengambil gandum, dia ditangkap oleh Abu Hurairah. Dia merayu lagi dengan suatu alasan dan Abu Hurairah yang kasihan dengan pencuri itu melepaskannya sekali lagi.
Esoknya, Nabi SAW bertanya lagi kepada Abu Hurairah, seperti sebelumnya. Abu Hurairah juga menjawab dengan jawapan yang sama. Sekali lagi Nabi mengingatkan, pencuri itu nanti malam akan datang lagi. Dalam hati, Abu Hurairah RA berkata, "Nanti malam, dia tidak akan aku lepaskan lagi." Benar, pencuri itu datang untuk kali yang ketiga dan kembali mencuri gandum. Abu Hurairah kembali menangkapnya.
"Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus aku bawa kepada Nabi s.a.w."
"Sekarang, tidak mungkin aku lepaskan kamu. Kamu harus aku bawa kepada Nabi s.a.w."
Pencuri tadi sangat cerdik. Kepada Abu Hurairah, dia menyatakan, "Saya sudah bersiap sedia untuk dibawa kepada Nabi, tapi bolehkah saya berbicara sebentar, wahai Abu Hurairah?"
Abu Hurairah berkata, "Silakan, mau bicara apa?"
Si pencuri tadi berkata, "Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu saya berikan satu petua?"
"Tentu mahu, petua apakah itu?" jawab Abu Hurairah ingin tahu.
Pencuri itu berkata, "Bacalah kamu ayat Kursi sebelum kamu tidur, Allah akan menjaga kamu dari godaan syaitan."
Mendengar kata-kata pencuri itu, Abu Hurairah berkata dalam hati, "Rupanya pencuri ini seorang ustaz." Akhirnya tanpa berfikir panjang lagi, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu.
Esoknya, Nabi bertanya seperti pertanyaan hari-hari sebelumnya. Abu Hurairah pun menjawab, "Pencuri malam tadi itu memberi petua kepada saya. Saya disuruh membaca ayat Kursi sebelum tidur malam. Insya Allah, Allah akan menjaga saya dari gangguan syaitan," jawab Abu Hurairah.
Nabi berkata, "Apa yang dia katakan itu adalah benar, tetapi dia itu bohong. Tahukah kamu, wahai Abu Hurairah, siapa pencuri itu? Dia adalah syaitan," kata Rasulullah s.a.w.
Kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari itu memberikan banyak pengajaran kepada kita:
i) Syaitan dapat menjelma menjadi manusia.
ii) Syaitan dapat menyuruh manusia berbuat baik termasuk beribadah, membaca AlQuran, solat, puasa, haji, dan sebagainya bagi meyakinkan manusia untuk mengikut perintahnya.
iii)Seseorang yang beribadah atas perintah syaitan dan bukan atas perintah Allah, maka dia telah beribadah untuk syaitan dan bukan untuk Allah.
Semoga cerita ini bermanfaat untuk korang kerana musang berbulu ayam memang banyak berkeliaran di sekeliling kita....
Semoga cerita ini bermanfaat untuk korang kerana musang berbulu ayam memang banyak berkeliaran di sekeliling kita....
tq info neh..menarik sekali untuk dibaca..:)..dah lama x baca kisah2 agama...
ReplyDeleteyang penting niat nak beribadat tu kerana Allah..
ReplyDeleteSyuxer: Sesekali perlu juga sama-sama ingat memperingati
ReplyDeleteFreiky: Betul tu...
ReplyDeleteDiana: Yeap....caring society...
ReplyDeletenice share.. penah dengar sblom ni tapi dh ingat2 lupa.. hehe
ReplyDeletejom tengok : korek hidung batal puasa?