Salam semua pembaca blog JR,
Apa kabar pagi ini? Bagi penyokong pasukan bolasepak Terengganu pasti masih bercerita tentang kemenangan 2-1 pasukan mereka menumpaskan Kelantan malam tadi. Bagi penyokong pasukan Kelantan, jangan bersedih kerana langit tidak selalunya kelam. Jika masih bersedih, cubalah senyum sedikit dan di bawah ni JR nak ceritakan satu kisah yang pasti membuat korang yang sedang bersedih akan ketawa...:
Di ST. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, seorang pekerja stor sebuah pasar raya bernama Ashley Alford berusia 20an telah diberikan pampasan yang sungguh lumayan sebanyak USD95 juta (RM175 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan alat kelaminnya.
Mengikut fakta kes, pengurus pasaraya tempat Alford bekerja telah dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan alat kelaminnya pada September 2006. Pengurus Pasaraya Aaron, Richard Moore kemudian melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk. Moore dikatakan kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan Pasar Raya Aron pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil. Mangsa yang geram kemudian membuat aduan kepada polis.
"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di Amerika Syarikat," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.
Nah, padan muka boss wanita tu, kan? Dan Alford pula, korang lihatlah gambar-gambarnya di atas, riang dan ceria!! Mau tak ceria, dari seorang pekerja stor kini dia bergelar jutawan yang mengalahkan nilai aset jutawan Melayu Syed Mokhtar al-Bukhary hanya kerana kepalanya dipukul dengan alat kelamin bossnya! Lagi pun kena pukul dengan alat kelamin lelaki tidaklah sesakit dipukul oleh penumbuk atau penampar lelaki. Sebab itu agaknya Alford tersenyum memanjang....
(Sumber info: NYDailyNews)
erk buat camtu pun dapat juta2.. adoii.. baik ketok dengan batang besbol
ReplyDeleteFreaky: Huhuhu...Rela ke Freaky diketuk begitu?
ReplyDeleteTahniah Ganu.... Ganu tunggu juara Sukma pulak.
ReplyDeleteRozie: Ganu memang terbaek!!!
ReplyDelete